`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, August 7, 2019

TUN MAHATHIR DIMALUKAN OLEH PIMPINAN PARTI SENDIRI

Kejadian ini walaupun kecil dan terpencil, tetapi impaknya sangat besar kepada Bersatu sebagai sebuah parti kerajaan dan Pengerusinya, Tun Mahathir Mohamad kini memegang jawatan Perdana Menteri.
Sukar untuk kita memikirkan bagaimana seorang Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua Bahagian Bersatu Bagan Datuk, Perak boleh tergamak berpakat menjual dua daripada tiga lembu korban dengan 
Oleh kerana dua ekor sudah dijual, hanya seekor lembu saja akan disembelih untuk penduduk tempatan sempena Hari Raya Korban, Ahad depan ini.
Kesemua tiga ekor lembu berkenaan adalah sumbangan Ahmad Faizal Azumu yang juga Menteri Besar Perak.
Apakah mereka ini tiada perasaan dan hati sebagai seorang muslim?
Kalau lembu itu disumbangkan untuk korban, maka ia adalah sepenuhnya untuk ibadah korban.
Dengan itu adalah haram menyelewengkannya atau menjual lembu-lembu berkenaan dengan duitnya pula digunakan untuk urusan kepentingan parti.
Adakah mereka ini jenis yang sudah biasa makan duit haram dan tidak boleh membezakan antara ibadah dan bukan ibadah?
Yang paling memalu dan mengaibkan, tindakan menjual lembu korban tersebut untuk membiayai urusan parti adalah suatu tamparan kepada Tun Mahathir selaku Perdana Menteri serta Bersatu secara keseluruhannya.
Bagaimana Bersatu mahu diyakini untuk membela dan jujur dalam membantu rakyat, jika lembu untuk korban pun boleh diselewengkan?
Bagaimana agaknya jika mereka ini diberi tanggungjawab dan amanah dalam projek bernilai berjuta-juta ringgit untuk kemudahan serta kepentingan rakyat?
Apakah jaminannya ia tidak diselewengkan juga?
Lebih daripada itu, kejadian ini turut menyerlahkan kelemahan Bersatu sebagai sebuah parti di mana Pengerusinya menjadi Perdana Menteri dan pemimpin parti itu juga memegang jawatan Menteri Besar Perak.
Apakah, dalam sibuk-sibuk Bersatu untuk berunding dengan segelintir barua dalam UMNO, Pas dan GPS untuk mereka menyokong perlanjutan tempoh Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, tetapi urusan parti sendiri di peringkat akar umbi tidak pernah dipeduli?
Apa sebenarnya keutamaan pimpinan tertinggi Bersatu – berkhidmat kepada rakyat dan menyediakan segala keperluan ke arah itu atau semata-mata untuk jawatan?
– https://shahbudindotcom.net

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.