`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, October 11, 2019

65 penghuni apartment di Sg Penchala diarah pindah akibat tanah runtuh

Kejadian tanah runtuh berlaku di belakang Apartment Azalea di Kampung Sri Penchala, awal pagi ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Seramai 65 penghuni Azalea Apartment di Jalan Sri Penchala 1, Kampung Sri Penchala terpaksa dipindahkan berikutan kejadian tanah runtuh di belakang apartmen itu awal pagi ini.
Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Mohd Zuhair Faisal Zulkifli berkata mereka yang menghuni 24 unit kediaman di apartmen itu dipindahkan sementara ke Pusat Komuniti Taman Tun Dr Ismail.
Beliau berkata pusat gerakan operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada tengah malam tadi.
“Selepas menerima panggilan seramai 19 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat TTDI digegaskan ke tempat kejadian.
“Setibanya dilokasi kejadian didapati berlaku tanah runtuh di belakang kawasan apartmen terbabit melibatkan kawasan berukuran 30×5 meter dan setinggi 6 meter.
“Anggota bomba kemudian mengarahkan semua penghuni meninggalkan kediaman mereka setelah mendapati bangunan itu tidak selamat diduduki,” katanya ketika dihubungi.
“Pihak polis akan membuat kawalan keselamatan di sekitar lokasi kejadian manakala tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.