`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, October 18, 2019

Bagaimana Salafi Naik Ke Langit ?? Nauzubillah. Nauzubillah.

Nauzubillah means 'We seek protection with Allah'. 
Surely Allah must protect us from the Salafis.

Here is another piece of truly wonderful elucidation by Faisal Tehrani. Someday I really hope to join forces with Faisal on spreading the message of the Quran. To my brother Faisal please refer Surah Taubah verse 126. Sila baca ayat Arab sekali - tanpa tafsir luaran atau tulisan syaitan dalam kurungan (brackets). It should happen at least once a year. 

OK, the article is long. I have truncated some. The full article is here.




Bagaimana Salafi naik ke langit?
Faisal Tehrani -
October 17, 2019 


Sudah menjadi satu kebiasaan kita mendengar hujah kebangkitan Islam di Malaysia pada 1980-an terjadi kerana pengaruh Revolusi Islam Iran pada 1979.

Antara mereka yang menjaja naratif lemah ini adalah Jomo Kwame Sundaram dan Ahmad Shabery Cheek dalam kertas mereka pada 1988 yang berjudul “The Politics of Malaysia’s Islamic Resurgence”.

Mereka melihat sedikit sebanyak bagaimana revolusi tersebut mencipta keghairahan terhadap babak “political Islam” di Malaysia.

Saya berpandangan, pertamanya amalan Islam di negara ini menjadi ketat secara berperingkat dan tanpa disedari sejak 100 tahun lalu. Penginstitusian Islam pada 1917 dengan penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sebagai contoh patut dilihat dengan lebih tekun.

William R Roff dalam “The Origin and Early Years of the Majlis Agama” memandang “Islam Kelantan” yang muncul oleh penubuhan majlis tersebut sangat cepat melenting dan melatah terhadap budaya luar dan gangguan sosial. Cara mereka menangani semua itu adalah mengetatkan hukuman atau undang-undang syariah.

Bukan saja “Islam Kelantan”, kita juga memiliki “Islam Perlis” yang sudah mendapat tenaga dan momentum di utara pada 1920-an apabila sekumpulan ulama Saudi hinggap di Perlis.

Mereka antara lain Sheikh Hassan dan Sheikh Nur al-Surur yang lebih dikenali sebagai Tuan Guru Ismail Muhammad. Sheikh Nur al-Surur berasal dari asuhan Wahhabi atau lebih tepat Dar al-Hadith di Madinah.

Pengaruh Wahhabi ini menyebabkan wujud dorongan untuk memusnahkan makam-makam wali terdahulu, seperti pusara Muhammad Salleh, Tok Sheikh Muda, Tok Lebai Salim dan Tok Jernih.
Keduanya, limpahan karya Qutb dan ikon Ikhwanul Muslimin yang lain telah diterima jauh sebelum 1979, tetapi tidak disedari ramai. Antara yang memperkenalkan “Qutbist Literature” ini adalah tokoh PAS yang mempunyai hubungan langsung dengan Hassan al-Banna dan Sayyid Qutb pada 1940-an dan 1950-an.

Zulkifly Abdul Malek dalam sebuah tesis bertajuk “From Cairo To Kuala Lumpur: The Influence of The Egyptian Muslim Brotherhood on The Muslim Youth Movement Of Malaysia (Abim)” merungkai bagaimana Sheikh Taqiyuddin Qandil, setiausaha Ikhwanul Muslimin cawangan Kaherah melarikan diri ke Tanah Malaya dan menyebarkan idea Ikhwan di Kedah.

Salah seorang muridnya adalah bekas ketua Pemuda PAS, Jaiz Anwar. Bukan itu saja, anggota Ikhwanul Muslimin Syria turut melarikan diri ke Malaysia pada 1960-an dan ada yang sempat mengajar di Universiti Malaya seperti Nabil al-Tawil.

Manakala bekas presiden PAS seperti Zulkifli Muhammad (1963-1964) dan Yusof Rawa (1982-1988) turut belajar terus daripada tokoh Ikhwan.

Terdapat dakwaan misalnya pada 1940-an, Zulkifli yang sedang menuntut di Mesir, berusrah di ibu pejabat Ikhwan dan mengikuti kuliah Hadith al-Thulatha yang disampaikan Hassan dan setelah kematiannya pada 1949, kuliah-kuliah ini disampaikan pula oleh Sayyid.

Idea-idea dalam kuliah inilah yang menjadi asas kepada tafsir Fi Zilal al-Quran yang mana Qutb menolak sekularisme dan ideologi seperti nasionalisme, sosialisme dan kapitalisme dengan melabelkan semua itu sebagai ideologi sesat.

Penting untuk difahami yang gagasan Qutb ini kemudian bertemu titiknya dengan Wahhabisme apabila kebanyakan anggota Ikhwanul Muslimin melarikan diri ke Arab Saudi dan menjadi ahli akademik atau guru di negara tersebut.

Ketiganya, semarak konservatisme Islam di Malaysia dibakar oleh wacana mengenai hudud. Kita masih ingat bagaimana hasil kajian oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM pada 2012 mendapati 62 peratus umat Islam tempatan menyokong idea pelaksanaan hudud.

Siapakah yang mempelopori idea untuk menegakkan hudud?


Ia mula diperkenalkan dengan gigih oleh Haron Din pada 1970-an yang berpengaruh dalam bidang pendidikan. Beliau juga tersohor di sebalik latar kebangkitan Islam dan kuliah-kuliah dakwah. Beliau menamakan hudud sebagai “ubat kepada jenayah”.

Pada April 1978, Haron dalam sebuah seminar (pembentangan itu kemudian diterbitkan Dewan Masyarakat pada 15 Julai 1978) menyatakan secara keras mereka yang menolak hudud adalah musuh Islam dan mengabaikan hudud meletakkan umat Islam dalam keadaan berdosa:

Hukum hudud tidak mendapat tempat dalam undang-undang negara ataupun undang-undang pentadbiran agama Islam di negeri-negeri di Malaysia. Mereka menuduh hukum hudud ini sebagai mundur, balik ke belakang, kejam, tidak sesuai dengan zaman dan lain-lain lagi, termasuk ulasan lucu dan lukisan karikatur yang motifnya semata-mata untuk menggagalkan cita-cita pelaksanaan hukum ini. Semua ini sebagai fitnah besar yang mesti dikutuk sebab mereka yang terlibat merupakan orang jahil yang diperalatkan musuh Islam untuk menghina Islam.

Sekiranya hukum hudud ini tidak dapat dijalankan sepenuhnya mengikut kehendak Allah, maka umat Islamlah yang akan menanggung dosa khususnya para pemerintah dan ulama yang mengetahui dan bertanggungjawab terhadap umat Islam di negara ini.

Seruan Haron di atas berlaku setahun sebelum Revolusi Islam. Barang diingat revolusi tersebut lebih mengenai nekad rakyat Iran menolak amalan rasuah Dinasti Shah dan hasrat memerangi imperialisme Barat.

Revolusi Islam Iran bukan mengenai hudud sangat. Jikapun niat Ayatollah Khomeini sebagai tokoh revolusi itu adalah negara Islam, ia tidak harus membuatkan umat Islam di sini pula perasan.

Bahkan tidak logik jika dihujahkan Malaysia yang agak dominan dengan Sunnisme tiba-tiba ingin mengadoptasi kerangka dan hasil Revolusi Islam Iran yang pekat Syiahnya.

Seruan Haron sejajar atau disahut hangat ramai tokoh Islam di Malaysia pada waktu itu. 

Sementara Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kedah, Sheikh Abdul Majid memandang orang bukan Islam di Malaysia bukan satu masalah di negara ini. Cukup satu gerakan penerangan yang baik, golongan bukan Islam pasti akan menerima. Pandangan simplistik dan enteng sebegini adalah perangai sebahagian besar umat Islam hari ini:

Orang-orang bukan Islam pun, saya rasa jika diberi fahaman yang betul akan dapat menerima konsep undang-undang Islam ini, setidak-tidaknya mereka tidak menentang. Setakat ini, sebenarnya banyak orang termasuk orang Islam sendiri yang tersalah faham.

Nyatalah, kepekatan suhu Islam hari ini bukan sangat terjadi kerana Syiahisme atau Revolusi Islam Iran.

Sangkaan bahawa konservatisme dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia terjadi kerana revolusi mengakibatkan pihak berkuasa waktu itu memantau pergerakan komuniti Syiah dan mula menekan mereka.

Tokoh-tokoh Syiah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), manakala aktivis Wahhabi diizinkan melela. Pada 1980-an, kita tertipu dengan gerakan Wahhabisme.

  • Oleh sebab kita gagal mengenal punca masalah sebenar, maka kita pun mengawal pihak yang tiada kena-mengena. 
  • Kecuaian ini mengakibatkan petaka besar hari ini, iaitu berlakunya salafisasi undang-undang Islam atau iklim keagamaan di negara kita

My comments :

Salamun Alaikum dan terima kasih sdra Faisal Tehrani.

Saya boleh kongsikan pengalaman saya sendiri ketika berlaku Revolusi di Iran pada tahun 1979. Waktu itu saya di Tingkatan 6 di Pulau Pinang. Satu zaman dan tempat yang cukup indah dalam kehidupan seorang anak muda. Ayah saya amat 'alim' (ikut fahaman lazim) dan seterusnya seorang manusia yang sangat 'warak', mengikut fiqrah sunnah wal jamaah ala Hanafi.  

Saya tahu dan faham segala kepercayaan 'agama' ayah saya. Pada waktu yang sama saya obsessed dengan membaca buku - semua jenis buku - hampir kesemuanya dalam Bahasa Inggeris. Lingua franca keluarga saya juga adalah Bahasa Inggeris. Kedua ibu bapa saya telah menghabiskan sekolah tinggi pra Perang Dunia dalam bahasa Inggeris.  

Kesemua background ini memberi saya fahaman yang terbuka terhadap banyak perkara dalam dunia kita daripada agama, politik, kebudayaan, social, sains, kemajuan Barat, masyarakat Timur dan banyak lagi.   

Walaupun demikian saya tidak pernah dengar apa  itu ayatollah dan siapa kah Khomeini. Dan untuk sekian lama saya masih tidak kenali ayatollah dan Khomeini. Tetapi itu tidak relevan bagi kami ia itu saya bersama beberapa sahabat saya yang amat teruja dengan kejayaan Khomeini menewaskan dan menghalau keluar daripada  tanah Iran bukan sahaja Shah tetapi juga Amerika.

Kami juga tidak kenali apa Syiah pada masa itu,  jadi 'temperature kebencian' masih tidak ada.  Kami hanya kagum dengan pencapaian seorang pemimpin agama yang agak tua dan simple yang dapat menewaskan kuasa militar yang paling besar dan gergasi dalam dunia. Dan beliau telah menjayakan revolusinya menerusi rakaman audio cassette. Sebab pada zaman itu belum wujud video VHS pun. 

Dan pada masa itu juga ramai orang muda bukan Arab daripada firkah ahlul sunnah dan salafi telah melawat Iran - bukan untuk menjadi Syiah tetapi kerana mereka kagum melihat sendiri 'Republik Islam' baru Ayatollah Khomeini. Mereka ingin satisfy curiosity. 

Antara mereka adalah Anwar Ibrahim dan juga seorang ostard Salafi dari India yang saya telah kenalinya lama selepas Khomeini meninggal dunia. Walaupun Salafi dia ceritakan dengan bangga bagaimana dia pernah sembahyang berjemaah dibelakang "Imam" Khomeini di Teheran. 

Jadi revolusi Iran 1979 bukan tidak mempunyai impak langsung terhadap semangat perjuangan dan semangat keagamaan ramai orang di seluruh dunia, tidak kira Syiah atau Sunnah. 

Walaupun Haron Jin telah menyatakan pandangannya pada tahun 1978 (setahun sebelum revolusi Iran) tidak ada ramai orang yang kenal pun nama Haron Jin, kecuali sedikit ahli agama sewaktu dengannya. Saya sendiri hanya kenali Haron Jin sebagai pengamal jin dan sihir pada tahun 1980an.

Kita juga tidak dapat nafikan "timing" kebangkitan firkah lain sedikit sebelum dan selepas revolusi Iran.  Bukan sahaja syiah, salafi dan sunni bangkit tetapi 'firqah' lain pun turut membangkit seperti Ahmadiyyah, Sufi dan jangan lupa kumpulan Ahmad Deedat yang sangat berpengaruh.  

Sebelum 1980 alam ahlul sunnah amnya tidak pernah dengar nama Ahmad Deedat.  Saya sendiri amat terpengaruh dengan Ahmad Deedat mulai tahun 1985 dan mulakan kajian Al Quran setelah meneliti rakaman ceramah beliau. Jadi keseluruhan zaman awal 1980an itu adalah 'watershed' bagi 'kesedaran' ramai firqah agama. 

Ahmad Deedat pula telah di 'discover' oleh Wahabi Arab Saudi yang telah mengupah Deedat menjadi pendakwah di seluruh dunia.  Bukan saja untuk melawan Kristian tetapi juga untuk membuka laluan bagi kemasukan duit dan pengaruh wahabi Arab Saudi - untuk melawan Sunnah wal Jamaah, melawan Syiah, melawan Sufi dan semua sekali. Siap satu set. 

Bagi saya perkara yang perlu kita sedar ialah pada lingkungan 1970-80an dan seterusnya bukan berlaku kebangkitan Islam. 

Apa yang telah berlaku ialah kebangkitan semula firkah dan mazhab ia itu firkah syiah dalam dunia syiah, firkah sunni di alam sunni, firkah salafi/wahabi di hadiqatul hayawaan  dan sebegitu.

Agama adalah lain, Ad Deen adalah lain.

Agama bermazhab dan berfirkah, tetapi Ad Deen itu berIslam dan berQuran. 

Juga dalam banyak-banyak kebangkitan firkah sunnah, syiah, salafi, sufi, ahmadiyyah dan banyak lagi dengan karya masing-masing - langsung tiada kebangkitan bagi Al Quran. 

Berjuta orang bergegas untuk kibarkan warna firkah dan mazhab mereka tetapi tiada seorang pun teruja untuk membaca, memahami dan menghayati ayat Quran - sepertimana ianya masih tercatit dalam Kitab Allah. 

Mereka hanya tahu mengulangi 'attiullaaha wa attiur rasool' dan 'aata kumu rasoolu' sebelum memuntahkan karya-karya superman masing-masing. Langsung tiada kena mengena dengan Al Quran. 

Dan bagi mereka yang ingin tahu dan mengikuti al Quran ada pula dituduh sesat. Nauzubillah. 

Di mana pula kebangkitan al Quran? Bila pula ahlul Syiah, Sunnah, Salafi, Sufi, Ahmadi dan semua sekali akan baca dan memahami Al Quran? Dan memberi nyawa kepada ajaran al Quran?

Sebagai penutup saya harap saudara akan mengkaji sedikit Surah at Taubah ayat 126.




Sekian. Salamun Alaikum.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.