`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, October 8, 2019

Curi data naik 2 kali ganda, RAMCI nasihat pengguna internet proaktif

RAMCI menasihati pengguna internet agar sentiasa berhati-hati apabila berkongsi sebarang maklumat peribadi menerusi dalam talian, termasuk di rangkaian media sosial.
KUALA LUMPUR: Kalangan pengguna internet perlu mengambil langkah proaktif untuk mengelak menjadi mangsa kecurian identiti yang mana kes berkaitan terbukti meningkat dua kali ganda pada tahun lepas, demikian menurut RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI).
RAMCI sebagaimana dipetik Pasukan Respons Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), menyatakan bahawa kes-kes kecurian identiti atau data peribadi itu meningkat sebanyak 20% kepada 446 kes pada tahun lepas berbanding 371 pada 2017.
“Sejak beberapa tahun lepas, data-data menunjukkan kes kecurian atau penyelewengan identiti ini meningkat secara ketara.
“Malah, ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila hasil dapatan kaji selidik oleh RAMCI baru-baru ini menunjukkan 14% responden merupakan mangsa kes seumpamanya,” katanya.
Malah, kecurian identiti adalah antara lima kaedah jenayah kewangan dalam talian yang paling ketara.
Perbuatan lain adalah ‘phishing’ atau mencuri maklumat penting dalam talian dengan menggunakan e-mel palsu, sistem pesanan ringkas (SMS) atau laman web; ‘malware’ atau virus bahaya yang bertujuan meneliti data dan merosakkan peranti; penggubahan wang haram – pemindahan dana diseleweng ke akaun tidak dikenali serta kaedah kad iaitu menggunakan kad kredit dicuri bagi tujuan dan aktiviti jahat.
“Bagi kebanyakan masa, penjenayah ini menggunakan pelbagai skim untuk melakukan jenayah kewangan yang amat sukar dan kompleks untuk dikenal pasti.”
Dalam usaha mengelak menjadi mangsa jenayah siber, RAMCI menasihati pengguna internet agar sentiasa berhati-hati apabila berkongsi sebarang maklumat peribadi menerusi dalam talian, termasuk di rangkaian media sosial.
Pengguna juga, kata RAMCI, perlu lebih proaktif dengan kewangan masing-masing termasuk melabur atau berbelanja bagi menggunakan mekanisme pemantauan akaun kad kredit atau bank bagi mengelak penyelewengan atau sentiasa meneliti laporan kredit masing-masing agar sentiasa peka dengan kemas kini akaun tersebut.
Mereka juga dinasihati menggunakan kemudahan pengurus kata laluan bagi memastikan penyimpanan kata laluan secara selamat yang dikemaskini secara kerap. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.