`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, October 18, 2019

Dr M nasihat orang Melayu cintai negara lebih dari diri sendiri

PETALING JAYA: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menasihatkan orang Melayu dan golongan muda supaya menyayangi negara dan menimba ilmu perniagaan sebaiknya untuk masa depan yang lebih terjamin.
Menerusi satu video di YouTube, Mahathir berkata orang Melayu perlu menunjukkan rasa cinta kepada negara melebihi rasa sayang ke atas diri sendiri.
“Kalau mereka sahaja yang maju, negara mundur. Mereka akan hilang segala-galanya,” katanya dalam video “Apa Nak Tanya?”, menjawab pertanyaan warga Internet di Instagram beliau.
Perdana menteri juga menyarankan golongan belia menimba ilmu kewangan dan perniagaan seberapa banyak yang boleh.
“Supaya mereka bersedia untuk mengawal dan menguruskan perniagaan,” katanya.
Dalam pada itu, Mahathir juga mengingatkan pengikut di Instagram supaya menerapkan nilai-nilai kehidupan dan budaya murni seperti kerajinan dan amanah supaya berjaya dalam setiap usaha.
Jelasnya, setiap bangsa mempunyai nilai dan budaya tersendiri untuk diteladani dan diikuti. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.