`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 14, 2019

Ibrahim Ali dakwa motif operasi isu LTTE raih undi Melayu Tg Piai

Presiden Putra, Ibrahim Ali
PETALING JAYA: Presiden Putra, Ibrahim Ali mendakwa penahanan 12 orang termasuk dua Adun DAP berhubung isu Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) kemungkinan ada kaitan dengan usaha menarik sokongan pengundi Melayu dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai, bulan depan.
Katanya, sementara sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) menurun, mesej yang hendak disampaikan adalah PPBM parti Melayu yang tegas dan berani ke atas sesiapa, termasuk DAP.
“Ada soalan yang saya tergaman apabila ditanya apakah mungkin ini tindakan psikologi atau perang saraf politik?
“Orang Melayu memang ramai yang amat marah kepada DAP atas banyak sebab. Sokongan Melayu kepada PPBM dan PH berada pada tahap amat rendah. Kebetulan pula pilihan raya kecil Tanjung Piai akan diadakan tidak lama lagi.
“Tidak mungkinkah ini bagi meraih sedikit sokongan Melayu ekoran tindakan tegas terhadap DAP melalui penahanan dua Adun DAP ini atas isu sokongan kepada LTTE?” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan.
Polis telah menahan 12 orang setakat kelmarin berhubung isu menghidupkan semula LTTE di Malaysia.
Kata Ibrahim, perkembangan itu boleh dilihat sebagai isyarat kononnya kerajaan PH amat tegas di bawah kepimpinan PPBM dan PH, yang kebetulannya perdana menteri dan menteri dalam negeri adalah dari PPBM.
“Semoga dengan ini orang Melayu akan bertepuk dan wajarlah Melayu menyokong PPBM. Semoga PPBM dapat meraih lebih undi orang Melayu dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai nanti,” kata Ibrahim yang partinya dilancarkan baru-baru ini.
Dengan menyifatkan “dengan mudah ikan bilis menjadi sasaran”, beliau berkata, “isu-isu lain yang Melayu menderita kerana DAP selama ini tidak penting.”
“Caranya adalah memainkan isu sentimen lain dari segi perang saraf. Terpulanglah kepada kita sama-sama berfikir.
“Sekilas ikan di air, sudah boleh tahu jantan atau betina bagi yang mindanya tajam dan kritikal.
“Sama sama kita tunggu dan lihat ‘wayang menang sorak kampung tergadai’ yang mempunyai banyak sirinya. Ternyata kerap berlaku, walaupun bunyi guruh tetapi hujan tidak turun,” kata beliau lagi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.