`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, October 3, 2019

Kerajaan Pahang bantah Uniten pindah kampus Muadzam Shah ke Putrajaya


Uniten berkata, ia akan berganding bahu dengan TNB untuk mentransformasi KSHAS kepada premis TNB yang baru bagi meneruskan peranannya di Muadzam Shah.

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang turut membantah tindakan pengurusan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) memindahkan kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) di Muadzam Shah, Rompin dekat sini, yang dijadualkan bermula pada Jun tahun hadapan.
Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail berkata pengurusan universiti itu juga digesa menyemak semula keputusan melaksanakan ‘Reimagining Uniten’ yang menyaksikan operasi kampus berpusat antara KSHAS disatukan dengan kampus Putrajaya sebagai satu entiti.
KSHAS yang dibina di kawasan seluas 68 hektar atas kelulusan kerajaan negeri pada penghujung 1990-an menurut Wan Rosdy, turut memainkan peranan dalam meningkatkan aktiviti sosioekonomi bandar Muadzam Shah, bermula daripada kemasukan pertama pelajarnya seramai 200 orang pada tahun 2001.
“Kemuncak pelajar ialah pada tahun 2015 dengan jumlah 4,300 pelajar dan sungguhpun kini pelajar menurun kepada 1,300 orang, namun ini merupakan kesan daripada faktor ekonomi nasional dan dunia.
“Apabila keadaan ekonomi bertambah baik, saya percaya jumlah kemasukan pelajar akan kembali ramai. Daripada usaha menutupnya, adalah lebih wajar usaha untuk menyemarakkannya dilakukan,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy berkata, antara usaha yang boleh dilakukan ialah dengan memperkenalkan lebih banyak kursus di peringkat diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana di KSHAS.
Beliau menyifatkan KSAS mempunyai nilai sentimental kepada Pahang kerana namanya adalah bersempena Sultan Pahang kelima iaitu Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, yang memerintah negeri selama 45 tahun bermula 7 Mei 1974.
Pada 28 Sept lalu, Uniten menerusi kenyataan medianya mengesahkan penggabungan KSHAS dan kampus Putrajaya menerusi inisiatif ‘Reimagining UNITEN’ bagi melonjakkan nama universiti dalam berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa, khususnya dengan cabaran semasa landskap pendidikan tinggi negara masa kini.
Uniten bagaimanapun berkata, mereka akan berganding bahu dengan Jabatan Real Estate Ventures (REVD) Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mentransformasi KSHAS kepada premis TNB yang baru sebagai meneruskan kesinambungan peranan mereka di Muadzam Shah. - FMT

1 comment:

  1. APA BILAH BERMINAT ANGKA TOGEL DI JAMIN TEMBUS 2D 3D 4D 5D 6D 7D HBG NMR INI 085-256-133-981 MBAH SORE ATAU PESUGIHAN DANA GAIB TRANSFER JANIN DAN BANYAK LAGI KELUAHANYA INSAH MBAH PASTI BANTU

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.