`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, October 3, 2019

Mengapa Dividen LTAT Pada 2018 Serendah 2 Peratus Sahaja?


Penjelasan mengenai mengapa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk tahun 2018 serendah 2 peratus sahaja ni aku petik dari Twitter @MSabu_Official..

Berikut adalah penjelasannya...

(1) Pendapatan LTAT pd tahun 2016 dan 2017 mengambil kira penjualan tanah masih belum selesai akan tetapi keuntungan sebanyak RM441 juta telah diambil kira.

(2) Hasil belum masuk, akan tetapi pengurusan LTAT di bawah pengurusan Ketua Eksekutif sebelum ini, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin sudah mengisytiharkan keuntungan dan membayar dividen secara berlebihan sebanyak RM556 juta pada tahun 2016 dan 2017.

Lodin adalah bekas pengerusi kpd 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semasa pentadbiran bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dahulu.

(3) Keuntungan terkumpul dari tahun 2015 sebanyak RM384 juta akhirnya merosot dan menjadi kerugian terkumpul RM170 juta pd tahun 2017.

(4) Kerugian pelaburan LTAT di dalam syarikat Buroi Mining Sdn Bhd sebanyak RM55 juta sepatutnya diambil kira pada tahun 2015, akan tetapi pihak yang sepatutnya membuat pembayaran telah bankrap.

(5) Hutang-hutang anak-anak syarikat LTAT iaitu daripada Pernama, Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) dan Power Cable Sdn Bhd yang berjumlah RM38.15 juta serta susut nilai dan kerugian kredit sebanyak RM23 juta perlu diambil kira kerana tidak pernah dikira sebelum ini.

(6) Susut nilai dan kerugian dari anak syarikat LTAT, Boustead Heavy Industries Corp Berhad (BHIC) sebanyak RM60 juta turut diambil kira dalam laporan kewangan LTAT pada 2018.

(7) Oleh kerana sebab di atas, keuntungan bersih tahun 2018 hanya RM221 juta walaupun pendapatan kasar mencecah RM423 juta. 

Disebabkan itu, dividen yg mampu dibayar LTAT hanyalah sebanyak 2 peratus bersamaan dgn RM161.2 juta.

Aset LTAT pada ketika ini berjumlah RM9.4 billion.

Mengapa bayaran dividen belum diterima daripada anak syarikat LTAT?

- Pada tahun 2017, anak-anak syarikat LTAT iaitu Pernama, PPHM dan Power Cable Sdn Bhd mengisytiharkan dividen yang tinggi akan tetapi sebenarnya tidak mempunyai kemampuan untuk membayar.

- Tindakan ini telah menyebabkan LTAT membayar dividen tinggi kepada pencarum. LTAT sepatutnya tidak boleh membuat pembayaran sekiranya tiada pulangan daripada anak-anak syarikat.

- Pengurusan terdahulu di bawah pimpinan Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin memberikan dividen yang tinggi kepada pencarum dengan menggunakan keuntungan terkumpul hingga memberikan tekanan kepada kewangan LTAT.

Bagaimanakah pengurusan baharu LTAT akan menyelesaikan masalah ini?

- LTAT di bawah kepimpinan baharu melakukan semakan terhadap kedudukan sebenar kewangannya. Segala hutang yang tertunggak, perlu ditolak dan ambil kira dalam laporan kewangan LTAT pada 2018.

Perkara ini perlu dilakukan agar LTAT dapat memperbetulkan keadaan dan laporan kewangannya akan menggambarkan keutungan sebenar. LTAT telah memulakan pelan transformasi yang terdiri daripada 6 teras utama:

(1) Visi dan Misi baru LTAT

(2) Memperkukuhkan tadbir urus korporat

(3) Memperbaiki pengurusan pemegang-pemegang berkepentingan strategik LTAT, terutamanya para perajurit.

(4) Meningkatkan pulangan pelaburan yang mampan.

(5) Memperbaiki pengurusan infrastruktur; dan 

(6) pembangunan modal insan.

Pengukuhan tadbir urus sdg dilaksanakan, byk lagi langkah baru yg akn diperkenalkan. LTAT jg akn bekerja keras bg meningkatkan pulangan kpd ahli anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pd masa akn dtg.

Kalau tak puas hati boleh hentam dia kat SINI

1 comment:

  1. Kenapa tak bawa ke mahkamah? Kenapa tiada tindakan undang2? Entah2 kencing!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.