Folks here is a really good one by saudara Fauzi Kadir of Permadu Malaysia. Fauzi has got it on the dot.
GELAGAT BASI PEMIMPIN MELAYU - MEREKA YANG BERSALAH DAN GAGAL, BANGSA MELAYU YANG TIDAK BERDOSA DISALAHKAN - Apa Cerita?
Oleh Fauzi Kadir ° Permadu Malaysia
Monday, October 07, 2019
MARUAH MELAYU?
Orang Melayu tidak perlu dihina angkara elit Melayu
DARI sejak merdeka sampai sekarang dipimpin orang Melayu, masih nak salahkan orang Melayu?
Lihat senarai berikut:
Orang Melayu malas buat kerja 3D - (Difficult, Dangerous, Dirty) - Sukar, Merbahaya, Kotor. Orang Cina dan India rajinkah buat kerja 3D? Bukan orang Melayu sahaja.
Lagipun, kerja-kerja tersebut sudah dimonopoli warga asing, yang dipermudahkan kedatangan mereka oleh individu-individu berkuasa yang mengaut keuntungan lumayan.
Tidak perlulah bercakap lebih. Tak cukup perisa dan sebagainya.
Lagi banyak cakap lagi mengarut. Lebih baik buat kerja cari rezeki.
Dari atas perlu didahulukan hukuman, dan seterusnya ke bawah.
Mengapa nak hukum mereka?
Kerana mereka telah gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Lebih buruk lagi, mereka menjadikan orang-orang Melayu yang tidak bersalah sebagai kambing hitam di atas kegagalan mereka.
Apa yang berlaku sebenarnya mereka berkepakaran mempergunakan orang Melayu untuk kepentingan mereka sendiri atas tindak tanduk yang terus merugikan orang Melayu.
Yang untung mereka dan kuncu-kuncu serta keluarga mereka.
Sambil terus menghina dan merendah-rendahkan orang Melayu oleh pemimpin-pemimpin Melayu sendiri!
Cukup-cukuplah
wahai para pemimpin Melayu
yang nampaknya terus mempergunakan orang Melayu.
Gelagat-gelagat basi mereka yang ulang-ulang perkara sama selama lebih 60 tahun tanpa sebarang jalan penyelesaian.
All of you are not coming with solutions, you are part of the problem instead.
SUDAH tiba masanya mereka semua ini, seperti senarai di atas, dihukum secara moral dan undang-undang.
Dari atas ke bawah.
Yang atas didahulukan dan seterusnya.
Muafakatlah.
Kongres Maruahlah.
Lepas ini ada kongres bangsa Malaysia pulak!
Apa cerita?
Satu pengajaran kepada orang Melayu, bersainglah dengan sihat.
Jangan bergantung kepada pemimpin yang telah menggagalkan anda.
Kerana sudah terbukti mereka tiada kebolehan dan kemampuan untuk membantu anda.
OSTB : Saudara Fauzi Kadir, ini adalah satu penulisan yang singkat, tepat, tajam, telus, jujur dan berani yang menjelaskan hampir kesemua sebab utama kegagalan membangunkan orang Melayu, bangsa lain, masyarakat moden dan progresif Malaysia dan negara kita Malaysia sekali.
Selepas 64 tahun pemimpin Melayu berpegang kuasa (daripada pilihanraya pertama pada tahun 1955) apakah yang mereka telah mencapai bagi orang Melayu khususnya dan orang Malaysia umumnya?
Bukan maksud saya bahawa pimpinan negara harus diserahkan kepada bukan Melayu (although it is not a bad idea - just for a change) tetapi jelas bahawa yang tersilap adalah dasar.
Dasar itu di bentuk oleh pemikiran. Maka jelaslah pemikiran itu totok, tidak teratur, kuno, terkebelakang, tidak berasaskan lojik dan imlu yang berguna.
Tetapi itu bab mudah.
Bab yang paling susah ialah bahawasanya orang Melayu sendiri perlu faham bahawa pemimpin mereka (UMNO, pas-pis-pus, Bersatu, Tak Bersatu, Civil Service etc dan senarai yang saudara nukilkan tadi) telah gagal membawa kemajuan setaraf moden dan terkini atau kemajuan setaraf antarabangsa atau kemajuan setaraf dengan negara jiran yang lain.
Dan tulisan saudara yang memang kena tepat pada sasarannya mencerminkan penerbitan kesedaran yang sudah 'long overdue' di kalangan orang Melayu bahawa KESEMUA PEMIMPIN MELAYU telah gagal membangunkan dan menjayakan orang Melayu. Dan mereka telah gagal dengan begitu teruk sekali.
Pada tahun 50an orang Melayu terkebelakang jika dibandingkan dengan oranng lain.
Pada tahun 60an pun serupa. Begitu juga tahun 70an, 80an dan seterusnya.
Sekarang pula pada abad ke 21 kita melihat majoriti orang Melayu tertinggal sekali lagi dalam hampir semua aspek kehidupan moden dan kehidupan bermasyarakat dunia.
Melayu di kepompongkan (cocooned) dan dalam kepompong ini orang Melayu diberi suap makanan dan minuman yang third class, yang basi, yang sudah ditong sampahkan oleh masyarakat dunia moden.
Pada waktu Eropah ingin cuci bersih memori sejarah mereka daripada era penjajahan, pada waktu orang Jerman ingin cuci DNA mereka daripada memori Adolph Hitler - pemimpin Melayu pula baru mengadakan kongres untuk tayangkan ketiadaan maruah mereka.
Di utara pula penjawat agama boleh terlibat dalam kes penculikan (dan possibly murder) orang atas sebab 'saya tak setuju agama dia'. Orang macam ini pun boleh tunjuk muka di kongres maruah.
Sepertimana sdra Hussein Hamid telah menulis (sila lihat Part 2 - A Gathering of Idiots) 'we must get rid of them before they kill us'.

- Yang di-Pertuan A _ _ _ g orang Melayu.
- Perdana Menteri orang Melayu.
- Menteri kabinet majoriti orang Melayu.
- Kementerian penting menterinya orang Melayu.
- 9 S_ _ _ _n di 9 Negeri adalah orang Melayu.
- 4 Yang di-Pertua Negeri orang Melayu.
- Semua menteri besar dan ketua menteri Melayu kecuali Pulau Pinang.
- Mungkin semua Datuk Bandar juga orang Melayu.
- Ketua-ketua jabatan kerajaan hampir semua orang Melayu.
- Penjawat Awam hampir semua orang Melayu.
- Ketua-ketua GLC hampir semua orang Melayu.
- Ketua Tentera Darat, Udara dan Laut orang Melayu
- Ketua Polis orang Melayu
- Semua Naib Canselor IPTA orang Melayu
Orang Melayu malas buat kerja 3D - (Difficult, Dangerous, Dirty) - Sukar, Merbahaya, Kotor. Orang Cina dan India rajinkah buat kerja 3D? Bukan orang Melayu sahaja.
Lagipun, kerja-kerja tersebut sudah dimonopoli warga asing, yang dipermudahkan kedatangan mereka oleh individu-individu berkuasa yang mengaut keuntungan lumayan.
Tidak perlulah bercakap lebih. Tak cukup perisa dan sebagainya.
Lagi banyak cakap lagi mengarut. Lebih baik buat kerja cari rezeki.
- Siapakah yang bersalah, pemalas dan patut dihukum?
- Jawapannya adalah senarai di atas tadi.
- Mengikut susunan dari atas ke bawah kerana mereka telah gagal.
Dari atas perlu didahulukan hukuman, dan seterusnya ke bawah.
Mengapa nak hukum mereka?
Kerana mereka telah gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Lebih buruk lagi, mereka menjadikan orang-orang Melayu yang tidak bersalah sebagai kambing hitam di atas kegagalan mereka.
- Mereka mencaturkan orang Melayu bukan demi orang Melayu sebenarnya.
- Tetapi untuk kepentingan mereka sendiri.
- Mereka sebenarnya sangat tidak berbakat dan tidak berkemampuan untuk menjaga kepentingan orang Melayu.
Apa yang berlaku sebenarnya mereka berkepakaran mempergunakan orang Melayu untuk kepentingan mereka sendiri atas tindak tanduk yang terus merugikan orang Melayu.
Yang untung mereka dan kuncu-kuncu serta keluarga mereka.
Sambil terus menghina dan merendah-rendahkan orang Melayu oleh pemimpin-pemimpin Melayu sendiri!
Cukup-cukuplah
wahai para pemimpin Melayu
yang nampaknya terus mempergunakan orang Melayu.
- Tak kiralah samada UMNO, PAS, Bersatu atau mana-mana parti Melayu yang lain.
- Termasuklah berbagai NGO Melayu yang ada dalang di belakang mereka.
Gelagat-gelagat basi mereka yang ulang-ulang perkara sama selama lebih 60 tahun tanpa sebarang jalan penyelesaian.
All of you are not coming with solutions, you are part of the problem instead.
SUDAH tiba masanya mereka semua ini, seperti senarai di atas, dihukum secara moral dan undang-undang.
Dari atas ke bawah.
Yang atas didahulukan dan seterusnya.
Muafakatlah.
Kongres Maruahlah.
Lepas ini ada kongres bangsa Malaysia pulak!
Apa cerita?
Satu pengajaran kepada orang Melayu, bersainglah dengan sihat.
Jangan bergantung kepada pemimpin yang telah menggagalkan anda.
Kerana sudah terbukti mereka tiada kebolehan dan kemampuan untuk membantu anda.
OSTB : Saudara Fauzi Kadir, ini adalah satu penulisan yang singkat, tepat, tajam, telus, jujur dan berani yang menjelaskan hampir kesemua sebab utama kegagalan membangunkan orang Melayu, bangsa lain, masyarakat moden dan progresif Malaysia dan negara kita Malaysia sekali.
Selepas 64 tahun pemimpin Melayu berpegang kuasa (daripada pilihanraya pertama pada tahun 1955) apakah yang mereka telah mencapai bagi orang Melayu khususnya dan orang Malaysia umumnya?
Bukan maksud saya bahawa pimpinan negara harus diserahkan kepada bukan Melayu (although it is not a bad idea - just for a change) tetapi jelas bahawa yang tersilap adalah dasar.
Dasar itu di bentuk oleh pemikiran. Maka jelaslah pemikiran itu totok, tidak teratur, kuno, terkebelakang, tidak berasaskan lojik dan imlu yang berguna.
Tetapi itu bab mudah.
Bab yang paling susah ialah bahawasanya orang Melayu sendiri perlu faham bahawa pemimpin mereka (UMNO, pas-pis-pus, Bersatu, Tak Bersatu, Civil Service etc dan senarai yang saudara nukilkan tadi) telah gagal membawa kemajuan setaraf moden dan terkini atau kemajuan setaraf antarabangsa atau kemajuan setaraf dengan negara jiran yang lain.
Dan tulisan saudara yang memang kena tepat pada sasarannya mencerminkan penerbitan kesedaran yang sudah 'long overdue' di kalangan orang Melayu bahawa KESEMUA PEMIMPIN MELAYU telah gagal membangunkan dan menjayakan orang Melayu. Dan mereka telah gagal dengan begitu teruk sekali.
Pada tahun 50an orang Melayu terkebelakang jika dibandingkan dengan oranng lain.
Pada tahun 60an pun serupa. Begitu juga tahun 70an, 80an dan seterusnya.
Sekarang pula pada abad ke 21 kita melihat majoriti orang Melayu tertinggal sekali lagi dalam hampir semua aspek kehidupan moden dan kehidupan bermasyarakat dunia.
Melayu di kepompongkan (cocooned) dan dalam kepompong ini orang Melayu diberi suap makanan dan minuman yang third class, yang basi, yang sudah ditong sampahkan oleh masyarakat dunia moden.
Pada waktu Eropah ingin cuci bersih memori sejarah mereka daripada era penjajahan, pada waktu orang Jerman ingin cuci DNA mereka daripada memori Adolph Hitler - pemimpin Melayu pula baru mengadakan kongres untuk tayangkan ketiadaan maruah mereka.
Di utara pula penjawat agama boleh terlibat dalam kes penculikan (dan possibly murder) orang atas sebab 'saya tak setuju agama dia'. Orang macam ini pun boleh tunjuk muka di kongres maruah.
Sepertimana sdra Hussein Hamid telah menulis (sila lihat Part 2 - A Gathering of Idiots) 'we must get rid of them before they kill us'.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.