`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, October 3, 2019

Putrajaya kaji ‘taktik’ lelaki Pakistan kahwin wanita tua Sabah


Dr Wan Azizah Wan Ismail.

PETALING JAYA: Kerajaan akan mengkaji kes lelaki warga asing sanggup berkahwin dengan wanita tempatan yang berusia untuk tinggal lama dan berniaga di Sabah, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Kita akan kaji kes-kes begini. Tertakluk pada syarat-syarat pas dan permit yang dipegang warga asing itu. Kalaulah melanggar apa-apa syarat oleh Jabatan Imigresen, mereka akan ambil tindakan,” kata beliau.
Dipetik Bernama, Wan Aziza mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Musa Sulaiman yang mendedahkan terdapat lelaki warga Pakistan yang datang ke Sabah, sanggup berkahwin dengan wanita berusia termasuk berstatus nenek, semata-mata mahu mendapatkan pas lawatan sosial suami asing kepada warga negara, untuk tinggal lama dan berniaga di negeri tersebut.
Lelaki warga Pakistan yang datang ke Sabah dilaporkan sanggup berkahwin dengan wanita berusia termasuk yang berstatus nenek, semata-mata mahu mendapatkan pas lawatan sosial suami asing kepada warga negara untuk tinggal lama dan berniaga di negeri ini.
Kata beliau, lelaki Pakistan berumur 20-an atau 30-an berkahwin dengan wanita tempatan yang berumur 50 tahun hingga 60 tahun.
“Pada mulanya kita syak ada yang tidak kena dengan permohonan itu, tetapi apabila disemak dokumen semua lengkap, ada rekod jabatan agama,” kata Musa.

Malah menurut Musa, ada juga pasangan lelaki Pakistan dan wanita warga tempatan berasal dari Sabah berkahwin di Semenanjung sebelum memohon pas lawatan sosial suami asing kepada warganegara di negeri itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.