`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, October 25, 2019

Sarawak cadang tempatkan kakitangan di majlis tempatan di China

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Sim Kui Hian.
KUCHING: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak bercadang menghantar kakitangannya untuk berkhidmat sementara dengan majlis tempatan sekitar negara China selama sebulan.
Menterinya, Sim Kui Hian yang baru pulang dari negara itu berkata ia bagi membolehkan mereka mempelajari cara pengurusan di negara berkenaan.
“Lagipun kerajaan Sarawak sudah menandatangani sebanyak tiga perjanjian persahabatan dengan tiga wilayah di China, jadi saya minta semua jabatan dan 23 majlis tempatan di bawah kementerian ini memanfaatkan perjanjian itu dengan menghantar kakitangan masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan 2019, di sini, semalam.
Seramai 276 kakitangan dari Jabatan Pengaliran dan Saliran, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan dan 23 majlis tempatan di bawah seliaan kementerian itu menerima anugerah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.