`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, October 18, 2019

‘Saya bukan rasis atau berpolitik’, kata Tunku Azizah selepas dikritik di Twitter

Tangkap layar pesanan Twitter Tunku Azizah yang menjawab kritikan seorang pengguna lain dan menafikan bersikap rasis atau berpolitik dalam isu protes pelajar pada majlis konvokesyen Universiti Malaya.
PETALNG JAYA: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah hari ini berkata, beliau bukan “rasis atau berpolitik” selepas dikritik kerana berkongsi satu pesanan Twitter yang dilihat sebagai menyerang orang Cina.
Tunku Azizah menulis di Twitter bahawa beliau berkongsi pesanan Tun Faisal Ismail Aziz kerana tidak bersetuju dengan protes aktivis pelajar Universiti Malaya (UM) Wong Yan Ke pada majlis konvokesyen pusat pengajian tinggi itu baru-baru ini.
“Mungkin semua salah faham. Saya ‘retweet’ kerana saya tidak bersetuju tindakan itu dibuat dalam satu acara formal… kurang sopan dan tidak menghormati majlis.
“Saya bukan rasis atau berpolitk. Dia tidak sepatutnya berbuat begitu pada majlis konvokesyen. Tidak hormat. Tidak layak,” kata Tunku Azizah di akaun @cheminangsayang.
Tunku Azizah menjawab pesanan Twitter seorang pengguna lain yang mempersoalkan tindakannya berkongsi pesanan Tun Faisal sebelum itu yang menyerang “bangsa DAP” sebagai “biadap dan kurang ajar serta pengganas”.
Tun Faisal sendiri mengongsi pesanan pengguna lain @mesintaipburuk yang menyebut “bangsa C” dan “orang mereka” yang dilihat merujuk kepada orang Cina.
Semalam polis berkata, Wong disiasat kerana didakwa melanggar protokol konvokesyen UM dan mengganggu perjalanan majlis.
Wong berkata, protesnya terhadap Naib Canselor UM Abdul Rahim Rashid adalah jalan terakhir selepas beliau mengabaikan aduan pelajar berhubung beberapa isu, termasuk peningkatan yuran pelajaran, bas pelajar dan wifi kampus.
Wong menafikan beliau merupakan ahli atau mempunyai hubungan dengan DAP. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.