`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 27, 2022

4 kenderaan dihempap pokok akibat ribut

 

Bomba melakukan kerja pengalihan selepas pokok tumbang menghempap kenderaan di Ampang Jaya petang tadi. (Gambar Bomba)

PETALING JAYA: Ribut di beberapa kawasan di Jalan Pandan Jaya 2/3 dan Persiaran Pandan, Ampang Jaya, menyebabkan empat kenderaan rosak dihempap pokok tumbang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata kejadian berlaku antara 3 hingga 3.30 petang menyebabkan Proton Waja, Nissan Vanette dan dua motosikal rosak.

“Bomba berjaya mengalihkan dahan dan pokok tumbang yang menghempap kenderaan pada 3.40 petang,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.