`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, November 1, 2022

SYURGA MULLAH JADI NERAKA DI IRAN

Sambil kita menunggu hari mengundi calon-calon politik yang majoriti besarnya manusia yang dungu dan tidak berguna (seperti mereka yang memberi minum air lumpur kepada penduduk negeri mereka) di negara Iran pula puak-puak mullah telah membawa turun bala neraka atas kepala rakyat negara itu.

Walaupun bumi Iran kaya dengan hasil minyak, kacang pistacchio, pengeluaran 'caviar' atau telur ikan sturgeon dan pelbagai lagi hasil galian, pertanian dan perusahaan tetapi rakyat Iran keseluruhannya hidup susah. Mereka tidak mempunyai peluang pekerjaan yang cukup. Kadar pengangguran mereka hampir 12% (unemployment rate) dan kadar inflasi (kenaikan harga barang) hampiri 50%. Ramai orang Iran meninggalkan negara mereka untuk mencari hidup di perantauan orang.

Sejak puak mullah mengambil alih kuasa di Iran 43 tahun dahulu pada tahun 1973, keadaan rakyat Iran lebih turun daripada naik, kurang daripada lebih, tak cukup daripada cukup dan begitu. Seorang ayah tidak boleh jaminkan kepada anaknya bahawa kehidupan generasi anaknya akan bertambah baik daripada nasib ayahnya. Tidak ada jaminan 'tomorrow will be better than today'.

Serupa dengan sebuah negeri dalam negara kita yang di tadbir oleh puak lebai yang menghidangkan air lumpur untuk di minum oleh penduduknya. Mereka pun telah 'pegang kuasa' sejak lebih 30 tahun dan negeri yang ditadbir mereka masih mundur dan sekarang lebih miskin (pada average-nya) daripada Sabah. Dan paling ramai penduduk negeri itu juga terpaksa meninggalkan kampong halaman untuk mencari nasib di perantauan orang.

Tetapi berbeza daripada majoriti penduduk negeri meminum air lumpur itu rakyat negara Iran sudah mula bangkit menunjuk fed up mereka dengan pentadbiran mullah. 

Peristiwa kehilangann nyawa anak gadis Mahsa Amini pada 16 September lalu hanya menjadi catalyst atau pencetus kepada kemarahan dan rasa fed up orang iran yang sudah lama terpendam dalam hati mereka. Sebab itulah protes dan bantahan umum bukan saja tidak reda setelah bermula 45 hari yang sudah tetapi kini protes telah merebak ke seluruh negara Iran melibatkan lebih 203 bandar dan pekan.

 


Walaupun puak mullah menggunakan kekerasan (setakat ini lebih 400 rakyat marhaen kebanyakannya penuntut universiti dan remaja sekolah terbunuh) tetapi keazaman dan keberanian rakyat Iran makin membara dan membangkit.

Jadi sebenarnya apa yang kita melihat ialah sekali lagi puak mullah gagal mentadbir negara dan membangunkan masyarakat dengan baik.  Mereka menghabiskan duit dan harta rakyat untuk membuat senjata dan sponsor peperangan di negara lain seperti Yemen, Iraq, Syria dsbnya menyokong puak-puak yang mempercayai cerita-cerita dongeng yang serupa dengan mereka. Itu saja. Sebab percaya cerita dongeng punya pasal. "Cerita dongeng aku lebih hebat daripada cerita dongeng kauKau tak setuju, ok aku bunuh kau". Simple otak mereka.

Maksudnya mereka tidak mempunyai kepakaran untuk membangunkan masyarakat manusia untuk hidup dalam zaman moden ini. Mereka adalah out of touch with reality.

Semoga Allah swt akan mencurahkan selawat sokongan atas semua orang Iran (Allahuma Solli ala Iran) untuk mengerakkan mereka keluar daripada kegelapan ke arah cahaya (minal zulumaati ilan nur).

   Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.