`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, November 17, 2022

‘Apalah sangat 70 profesor sokong Anwar’, sindir calon BN Pasir Salak

 

Calon Barisan Nasional (BN) Pasir Salak, Khairul Azwan Harun, ‘meremehkan’ sokongan 70 profesor Melayu yang dikenali sebagai ‘G70’ terhadap Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH). (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Calon Barisan Nasional (BN) Pasir Salak, Khairul Azwan Harun, didakwa “meremehkan” sokongan 70 profesor Melayu yang dikenali sebagai ‘G70’ kepada Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, pilihan kumpulan itu juga sama sekali tidak mewakili keseluruhan pengundi di negara ini.

“Kalau ada 7,000 profesor yang sokong Anwar pun tiada masalah kerana pengundi di Malaysia ini jumlahnya lebih 21 juta orang.

“Apalah sangat 70 orang itu jika mahu dibandingkan dengan jumlah keseluruhan pengundi. Angka 70 itu langsung tidak mewakili mahupun melambangkan pengundi pada PRU15 (Pilihan Raya Ke-15),” lapor Kosmo.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Khairul Azwan yang juga timbalan ketua Umno Pasir Salak berkata demikian ketika mengulas sokongan kumpulan itu kepada Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Menurut kumpulan berkenaan, sokongan kepada calon kerusi Parlimen Tambun itu berdasarkan kredibiliti dan prestasi cemerlang, selain satu-satunya tokoh berwibawa dan berpengalaman, serta integriti yang mampu memimpin masyarakat majmuk.

Bahkan, kumpulan itu juga mendakwa PH merupakan pilihan terbaik untuk membawa negara keluar daripada kemelut ekonomi masa kini.

Bagaimanapun, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan menafikan sebarang pembabitan pihaknya dengan penganjuran sidang akhbar khas Deklarasi Profesor Melayu G70.

KPT dalam kenyataannya berkata, kumpulan itu bukan representasi rasmi kakitangan akademik atau profesor daripada institusi pengajian tinggi (IPT). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.