`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, November 18, 2022

Dana dah diagih kepada semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang, kata Tengku Zafrul

 

Tengku Zafrul Aziz berkata sebanyak RM900,000 dana disalurkan kepada semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang pada Julai dan Oktober 2021.

PETALING JAYA: Kerajaan sudah mengagihkan dana bantuan kepada semua Ahli Parlimen pembangkang pada 2021 melalui dua kali bayaran, kata Menteri Kewangan sementara Tengku Zafrul Aziz.

Beliau berkata, agihhan yang dibuat itu sekaligus menepis dakwaan dibuat bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad tiada bantuan kewangan disalurkan kepada Ahli Parlimen pembangkang pada 2021 adalah tuduhan tidak berasas.

Tengku Zafrul yang juga calon BN Kuala Selangor berkata pada Julai 2021, Kementerian Kewangan menyalurkan RM300,000 melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) kepada setiap Ahli Parlimen, termasuk Zulkefly yang juga Ahli Parlimen pembangkang untuk program bakul makanan.

Katanya, pada Oktober 2021 pula RM600,000 disalurkan kepada setiap Ahli Parlimen.

“Jumlah itu disalurkan kepada Ahli Parlimen yang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik, termasuk Dr Dzulkefly.

“Ini bermakna sebanyak RM900,000 disalurkan kepada Ahli Parlimen pembangkang, termasuk Ahli Parlimen Kuala Selangor dan ini bukan satu jumlah yang kecil,” katanya di Facebook.

Beliau mengulas kenyataan Dzulkefly yang mendakwa menteri kewangan tidak menurunkan peruntukan kepada pembangkang sepanjang 2020 dan 2021.

Tengku Zafrul menjelaskan penyaluran bantuan kewangan itu diteruskan untuk tahun ini dengan RM800,000 sudah disalurkan mulai Januari lalu kepada semua Ahli Parlimen pembangkang yang menandatangani MoU itu.

“Jadi ini termasuk Dr Dzulkefly, dan jumlah ini sama seperti disalurkan kepada Ahli Parlimen kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, kempen sepatutnya tertumpu kepada cadangan yang akan dilakukan untuk manfaat pengundi bagi kesejahteraan penduduk Kuala Selangor. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.