`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 13, 2022

Data pengundi ada nombor telefon dijual sindiket, bukan SPR, kata Hamzah

 

Hamzah Zainudin berkata, SPR tidak mengeluarkan senarai daftar pemilih yang disertakan nombor telefon pengundi. (Gambar Bernama)

MUAR: Senarai daftar pemilih yang disertakan nombor telefon tidak disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebaliknya dijual sindiket, kata Menteri Dalam Negeri sementara, Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, mana-mana pihak boleh membeli senarai rasmi daftar pemilih melalui SPR.

“Saya nak maklumkan (senarai) nama-nama pengundi ini memang boleh dibeli, yang nak pergi beli kat sindiket itu buat apa? Boleh dibeli melalui SPR, kalau nama-nama pengundi itu ada nombor telefon, maknanya itu bukan daripada SPR.

“Setakat ini, belum ada sebarang laporan polis berhubung isu tersebut. Saya rasa SPR faham dan sesiapa pun boleh beli senarai pengundi daripada SPR,” katanya selepas taklimat persediaan banjir dan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) di Maktab Polis di sini.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Sebelum ini, media melaporkan lebih 800,000 data pengguna didakwa diperoleh daripada sistem MySPR yang dijual pada harga RM9,401 di pangkalan data terkenal.

Dalam perkembangan sama, Hamzah berkata, 130 laporan polis diterima membabitkan kempen PRU15 di Johor atas pelbagai kesalahan.

Kerakyatan anak

Hamzah yang juga setiausaha agung Perikatan Nasional (PN) mempersoal mengapa Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi tidak menyelesaikan isu kerakyatan untuk anak yang dilahirkan wanita warga Malaysia di luar negara.

Katanya, Zahid sepatutnya membuat pindaan itu lebih awal, ketika menjadi menteri dalam negeri, bukannya meniru manifesto PN untuk memberi kerakyatan kepada anak dilahirkan wanita warga Malaysia di luar negara.

“Saya sudah beritahu semua orang isu ini, tangan saya terikat atas undang-undang sedia ada mengikut Perlembagaan, bukan saya tak simpati masalah ditimbulkan, saya simpati, tapi saya tak boleh buat apa-apa.

“Sebab itu saya minta PN masukkan dalam manifesto sehingga BN ikut sama dan saya harap semua parti, bukan saja BN akan ikut sama seperti PN yang sudah umum dan ia menunjukkan isu ini boleh diselesaikan lebih awal.”

BN ketika melancarkan manifesto PRU15 berjanji akan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan anak dilahirkan wanita warga Malaysia di luar negara, diberikan kerakyatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.