`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 13, 2022

Tunjuk bukti PH potong dana untuk Sarawak, DAP cabar Abang Jo

 

Chong Chieng Jen dan Dr Kelvin Yii membidas mengecam pemimpin GPS yang menuduh PH memotong peruntukan untuk pembangunan Sarawak ketika gabungan itu berkuasa.

PETALING JAYA: DAP Sarawak mencabar Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Johari Openg menyenaraikan semua peruntukan pembangunan yang didakwa dipotong Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi kerajaan persekutuan.

Berdasarkan Bajet Sarawak 2018, Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen berkata, PH meneruskan projek yang disenaraikan dalam bajet untuk negeri itu.

“Sehingga kini, GPS gagal menamakan projek yang didakwanya (dana) dipotong itu.

“Saya beri dua hari kepada Abang Johari untuk menyenaraikan semua perkara dalam dokumen bajet itu yang gagal dipenuhi.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Sekiranya beliau gagal menyenaraikannya, ini bermakna semuanya fitnah semata-mata,” katanya dalam sidang media.

Chong berkata, sebagai premier Sarawak, beliau seharusnya mempunyai standard lebih tinggi dan tidak mengulangi retorik politik bahawa PH membatalkan semua peruntukan untuk negeri itu.

Pada 6 Nov lalu, Abang Johari mendakwa PH membatalkan banyak projek pembangunan tanpa memikirkan nasib rakyat.

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Dr Kelvin Yii membidas Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tay Tze Kok yang menuduh PH membatalkan peruntukan RM150 juta bagi projek tebatan banjir di Kuching.

Katanya, projek itu tidak pernah dibatalkan dan dana itu disalurkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran negeri pada 2018.

“Projek itu ditangguhkan kerana proses tender terbuka hanya selesai pada Februari 2022. Ia ditangguhkan Kementerian Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri yang diterajui (Dr) Sim Kui Hian.

“Tay harus berhenti berbohong bahawa PH mengurangkan (peruntukan pembangunan) Sarawak. Jika mahu menjadi Ahli Parlimen, beliau mesti belajar membaca buku bajet dan prosedur Parlimen,” katanya.

Yii akan mempertahankan Parlimen Bandar Kuching dalam saingan tiga penjuru menentang Tay dan Presiden Parti Bumi Kenyalang, Voon Lee Shan dalam pilihan raya umum ke-15. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.