PETALING JAYA: Syarikat yang menjadikan kemampanan keperluan dalam perniagaan lebih dipandang tinggi masa kini berbanding syarikat yang tidak berbuat demikian.
Justeru, komitmen kepada kemampanan menjadi ukuran penting bagi perniagaan, pemegang taruh, dan orang ramai pada masa depan.
Bahkan, membuat ketetapan berkait hal Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus Korporat atau ESG mencipta nilai yang besar untuk perniagaan, jika dilihat pada penerimaan meluas terhadap pelaburan untuk ESG.
Misalnya, Hongkong and Shanghai Banking Corporation Limited, yang giat menghasilkan penyelesaian ESG dengan menawarkan kepada perniagaan portfolio pembiayaan dengan unsur-unsur ESG.
Dalam kalangan syarikat tempatan, Telekom Malaysia begitu menonjol dari perspektif ESG, jika dilihat pada keupayaan syarikat telekomunikasi itu memenuhi ukuran mutu perkhidmatan (QoS) badan kawal selia, petunjuk prestasi utama (KPI), dan standard risiko kawal selia lebih rendah, ketika menyediakan kerangka keselamatan siber.
Maka, tidak hairan lah kenapa banyak perniagaan berhasrat melancarkan inisiatif ESG masing-masing, tetapi bagaimana?
Apabila syarikat perkhidmatan kewangan antarabangsa, Western Union, menilai reputasinya, ia menyedari bahawa ia memerlukan kefahaman asas tentang kemajuannya sebagai sebuah syarikat, terutama berkaitan standard-standard ESG.
Ketua sejagat Western Union bagi pengumpulan maklumat analisis dan kefahaman media sosial, Evan Escobedo, berkata jabatannya mendapati bukan mudah untuk mengakses dan memahami data-data relevan yang dijana setiap hari.
Syarikat itu perlukan suatu penyelesaian, yang boleh mengesan dan menilai nama baik jenama itu di serata berita siar, berita digital, forum-forum blog, dan laman-laman ulasan, serta platform media sosial yang pelbagai.
Dengan mengkaji jutaan catatan di platform media sosial, blog, dan laman berita secara harian, Meltwater membantu syarikat membuat keputusan berpengetahuan yang lebih baik, berdasarkan kefahaman dari luar. Ini menawarkan potensi yang besar dalam membantu syarikat menjayakan komunikasi-komunikasi berkaitan ESG.
Escobedo berkata Meltwater membolehkan syarikatnya mengurus nama baik pada skala global, mengukur impak komunikasinya berdasarkan matlamat-matlamat utama yang ditetapkan, dan mengikuti perkembangan industri yang sentiasa berubah menerusi laporan tersuai dan analisis manusia.
“Mereka bekerjasama untuk menyesuaikan suatu model pemarkahan untuk Western Union, yang mengukur sentimen sebenar dan petikan-petikan media paling menonjol bersama-sama metrik tradisional seperti volum dan jangkauan.
“Meltwater bagaikan tambahan kepada pasukan kami – boleh dipercayai dan responsif.”
“Meltwater ini boleh dikatakan suatu pakej yang lengkap kerana ia memiliki platform dan organisasi khidmat-khidmat profesional yang boleh dipercayai,” tambah Escobedo.
Meltwater dapat menyediakan kategori dan makluman tersuai, serta mendengar apa yang diperkatakan pihak-pihak berkepentingan tentang inisiatif yang dijalankan oleh perniagaan dan pesaing mereka, kata pengurus negaranya di Malaysia, Kunalan Ramasamy.
Meltwater boleh mengesan kempen-kempen ESG dan peroleh maklumat mengenai rakan-rakan pihak ketiga.
“Dengan data kami yang tuntas dan bersepadu, memang lagi mudah untuk mengikuti kedudukan jenama dan industri anda dalam lapangan ESG — sekaligus membantu kami merangka inisiatif atau strategi kandungan yang berkesan pada masa depan.”
Kunalan menambah zaman sedang berubah, dan kemampanan kini dilihat sebagai sebahagian besar daripada proses pemegang taruh membuat keputusan.
“Melabur dalam peralatan yang membantu mengukur usaha-usaha ESG amat penting untuk perancangan strategi komunikasi yang relevan untuk masyarakat dan pemegang taruh anda, sekaligus meletakkan jenama anda pada kedudukan yang positif dan tepat,” tambahnya.
Ketahui bagaimana anda boleh akses laporan penilaian komunikasi ESG yang Meltwater sediakan dengan mendaftar di sini. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.