`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, November 21, 2022

GRS sokong PN, isytihar perang terhadap BN Sabah, kata Bung

 

Bung Moktar Radin berkata, Pengerusi GRS, Hajiji Noor tidak menghubungi atau berbincang dengannya mengenai keputusan gabungan itu menyokong PN.

PETALING JAYA: Bung Moktar Radin berkata, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengisytiharkan perang terhadap Barisan Nasional (BN) negeri kerana melanggar perjanjian kerjasama untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ketua BN Sabah itu mendakwa Pengerusi GRS, Hajiji Noor bersama enam Ahli Parlimennya menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-10.

“Hajiji tidak menghubungi saya atau berbincang dengan saya mengenai sokongan GRS kepada Perikatan (Nasional).

“Kami mempunyai perjanjian bahawa GRS akan menyokong Barisan (Nasional). Hajiji melanggar perjanjian dengan memberi sokongan kepada PN. Mereka (GRS) mengisytiharkan perang terhadap kami,” katanya menurut laporan The Star.

Hajiji dilaporkan menemui Muhyiddin semalam, bersama Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Peter Anthony, Ahli Parlimen KDM, Wetrom Bahanda dan dua Ahli Parlimen bebas Verdon Bahanda (Kudat) dan Riduan Rubin (Tenom).

Bung berkata, gambar pertemuan itu tersebar di media sosial dan ini menunjukkan GRS melanggar perjanjian serta mungkin menjejaskan hubungan mereka di peringkat negeri.

Sebelum penamaan calon pada 5 Nov lalu, GRS dan BN Sabah masing-masing bersetuju bertanding 13 serta 12 kerusi, dengan GRS menang enam kerusi dan BN (7) pada Sabtu lalu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.