`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, November 28, 2022

Henti buat komen jejas kerajaan perpaduan, pemimpin PH diberitahu

 

Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata, individu yang dibicarakan harus diadili di mahkamah undang-undang, bukan oleh pendapat umum. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed memberi amaran kepada pemimpin Pakatan Harapan (PH) supaya tidak membuat kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan kerja gabungan itu dengan Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan perpaduan.

Beliau memetik komen Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim baru-baru ini, yang kedua-duanya memberi peringatan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar tidak melantik Ahli Parlimen yang berdepan kes mahkamah dalam Jemaah Menteri,

“Sudah tamat masa untuk mengeluarkan kenyataan berapi-api dan retorik, memandangkan rakyat sudah pun ‘bersuara’ melalui peti undi (pada pilihan raya umum).

“Biar saya ingatkan beberapa individu daripada PH supaya tidak rabun dan merisikokan kerajaan Anwar (Ibrahim),” katanya dalam kenyataan.

Nur Jazlan menegaskan bahawa sistem keadilan Malaysia mengikut tanggapan “tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah”.

Mereka yang dibicarakan harus diadili di mahkamah undang-undang, bukannya oleh pendapat umum. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.