`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, November 8, 2022

Jawatan 3 TPM masih dalam tawaran BN, kata Zahid

 

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata jawatan tiga timbalan perdana menteri adalah tawaran yang diumumkan awal. (Gambar Bernama)

BAGAN DATUK: Jawatan Timbalan Perdana Menteri daripada Sabah, Sarawak dan Semenanjung masih lagi ditawarkan jika Barisan Nasional (BN) menang PRU15.

Pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi berkata meskipun tidak dinyatakan dalam manifesto BN semalam kerana cadangan itu telah diumumkan lebih awal.

“Jawatan tiga timbalan perdana menteri ini adalah merupakan tawaran yang telah saya umumkan awal dan tidak dicatatkan dalam manifesto kerana saya telah mengumumkan lebih awal,” katanya dalam sidang media di Kompleks Umno Bagan Datuk.

Ujarnya, dalam Perlembagaan Malaysia, tidak wujud jawatan timbalan perdana menteri, justeru jini adalah tawaran baru yang dicadangkan untuk dilaksanakan agar ada peningkatan kuasa menteri dari Sarawak dan Sabah.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Mengulas lanjut, beliau berkata jawatan timbalan perdana menteri itu penting untuk Sabah dan Sarawak bagi membolehkan mereka yang dilantik membantu perdana menteri serta wilayah mereka wakili.

“Dengan portfolio kementerian yang akan ditentukan dalam kabinet dan tentunya ini akan memperkuatkan kuasa wakil daripada Sabah dan Sarawak dalam kabinet,” tambahnya.

Terdahulu, Zahid dilaporkan berkata, Sabah bakal mempunyai timbalan perdana menteri pertama sekiranya Barisan Nasional (BN) menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU15).

Zahid berkata, sekiranya BN menawan Putrajaya dengan jumlah kerusi dominan, perdana menteri dari gabungan itu akan melantik seorang menteri dari Sabah untuk merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Jawatan timbalan perdana menteri dimansuhkan ketika Muhyiddin Yassin menubuhkan Jemaah Menterinya pada 10 Mac 2020 selepas menumbangkan Pakatan Harapan menerusi Langkah Sheraton. Muhyiddin kemudian melantik lima menteri kanan yang mewakili setiap parti yang menyokong kerajaan campuran ketika itu.

Sementara itu, ditanya berkenaan perkembangan kempen pilihan raya beliau berkata, BN akan melancarkan kempen besar-besaran dalam masa terdekat.

“Jangan jadikan penanda aras bendera itu sebagai tanda sokongan kerana bendera itu dipasang oleh pekerja upahan tunggu kita akan banjirkan bumi Bagan Datuk ini dgn kibaran bendera BN, billboard dan poster, serta lain-lain bahan kempen,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.