`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, November 8, 2022

Mahathir ‘out’, Pejuang masuk PRU15 untuk pecah undi, kata Anwar

 

Anwar Ibrahim ketika berucap dalam program santai di Pusat Jaja Taman Tangkak Jaya.

TANGKAK: Pakatan Harapan (PH) menganggap tindakan Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad menyertai pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sekadar untuk memecahkan undi.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim, meminta rakyat tidak lagi bercerita atau memikirkan soal kewujudan Mahathir dalam arena politik negara kerana bekas perdana menteri itu sudah ‘out’.

“Mahathir jangan kacaulah, sudah-sudahlah, jangan kacau dia lagi, jangan cerita lagi (pasal Mahathir), sudah-sudah dia ‘out’ (tidak relevan) sudah, dia (GTA-Pejuang) buat pecah undi sahaja, jangan bagi pecah undi, saya mahu orang Melayu, Cina, India Ledang semua untuk dan menangkan PH,” katanya ketika berucap dalam program santai di Pusat Jaja Taman Tangkak Jaya.

Anwar berkata, PRU15 merupakan peluang terbaik untuk PH menjadi kerajaan, bagaimanapun jika gabungan itu gagal membentuk kerajaan, sukar untuk mereka bangkit semula selepas lima tahun.

“Katakanlah kita kalah ini kali, ingat mahu bangkit balik selepas lima tahun senang ke? Susah…ini kali peluang baik untuk kita angkat PH,” katanya.

Anwar turut menolak tuduhan Mahathir kononnya beliau dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi merancang membentuk kerjasama selepas pilihan raya, sambil menyifatkan ia hanyalah persepsi ciptaan lawan politik untuk menakutkan rakyat.

“Saya tak mahu kacau dia (Mahathir), tapi dia kacau kita, dia kata tak boleh sokong PH, sebab PH mahu pakat, Anwar mahu pakat sama Zahid, apa cakap macam ini, dia susah hati, takut kita menang.

“Saya akan pergi ke Bagan Datuk, saya mahu serang tempat Zahid untuk kita menang di sana, dia tak tahu apa plan (rancangan) kita,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.