`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 20, 2022

KENYATAAN MEDIA PERIKATAN NASIONAL : PERDANA MENTERI KE-10

 KENYATAAN MEDIA 

Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional pada petang ini.  

Saya telah melaporkan kepada MT PN bahawa saya telah mengadakan pertemuan dengan  YAB Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada pagi tadi berhubung pembentukan Kerajaan Persekutuan selepas PRU 15. Beliau telah  memaklumkan kesediaan Ahli-Ahli Dewan Rakyat GPS untuk memberi sokongan dan  kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10. 

Saya juga telah mengadakan pertemuan dengan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Noor  Pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang juga telah menyatakan kesediaan Ahli Ahli Dewan Rakyat GRS untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya sebagai  Perdana Menteri Ke-10. 

Beberapa orang Ahli Dewan Rakyat lain juga telah memberikan komitmen yang sama. 

Sebagai Pengerusi PN, saya berkeyakinan bahawa saya akan memperolehi bilangan sokongan  yang mencukupi daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan saya dilantik oleh  KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10  sepertimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan.  

TAN SRI DATO HJ MUHYIDDN BIN HAJI MOHD YASSIN 

Pengerusi 

Perikatan Nasional 

20 November 2022

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.