`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, November 19, 2022

Kerajaan PH akan tunggu Sanusi di mahkamah, kata Saifuddin

 

Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan baharu Pakatan Harapan akan menyahut cabaran untuk perbicaraan mahkamah berhubung dakwaan terhadap Anwar.

ALOR SETAR: Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) akan menyahut cabaran pemimpin PAS Sanusi Md Nor untuk mendapatkan perbicaraan mahkamah berhubung penghinaan terhadap pengerusinya Anwar Ibrahim.

Berucap di ceramah PH Kedah, Saifuddin merujuk kenyataan pengarah pilihan raya PAS itu terhadap Anwar, serta surat tuntutan supaya Sanusi menarik balik kenyataan dan memohon maaf.

“Kemudian dia berucap di Sik semalam (Khamis) dia kata saya akan lawan di mahkamah. Okay, kita tunggu. Selesai kita bentuk kerajaan dengan sokongan tuan-tuan kita pi (pergi) ‘ligan’ dia,” kata Saifuddin.

Pada Khamis, Sanusi berkata beliau enggan memohon maaf kepada Anwar Ibrahim kerana membayangkan presiden PKR itu “berperwatakan tidak bermoral”.

Saifuddin menafikan kenyataan yang didakwa dibuat oleh Sanusi bahawa Lembaga Pengampunan membebaskan Anwar pada 2018 tanpa bermesyuarat.

Namun, Saifuddin berkata Lembaga Pengampunan telah bermesyuarat pada 16 Mei 2018 di Istana Negara dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada masa itu.

“Bila dia celupar kata Lembaga Pengampunan tidak bermesyuarat untuk Anwar lepas, dia ini telah menghina dan memperlekehkan Agong,” kata Saifuddin. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.