`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, November 16, 2022

PERBANDINGAN CALON 1 : SEJAUH LANGIT DARI BUMI, SE-COMOT ARANG DPD PUTIH KAPUR

 Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati. Saudara, saudari dan anak-anak muda yang dirahmati. Lepas dua hari lagi kita akan mengundi dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15). Kuasa mutlak berada dalam tangan kita.  Menentukan masa depan masyarakat kita berada dalam tangan kita.

Masalahnya kenapa sampai ke hari ini negara kita makin mundur dan masyarakat kita makin terkebelakang? This is the question. Kenapa maksudnya WHY? Why is our country and our society going backwards? 

Jawapannya paling jelas.  Walaupun kita sebagai rakyat dan pengundi mempunyai kuasa mutlak untuk memilih Wakil Rakyat dan pemimpin, malang sekali selama ini kita memilih juga wakil rakyat yang kurang cerdik, yang kuat menipu dan yang hampir kesemua mereka sudah jadi jutawan berserta anak-bini mereka yang semuanya juga sudah jadi jutawan. 

Ciri utama dalam kerjaya terlalu ramai Wakil Rakyat dan pemimpin negara ini ialah mereka dan anak-bini mereka semua sudah jadi jutawan. They have become rich AFTER they entered politics. 

Bagi saya, buat masa ini kualiti, kebolehan dan kepakaran calon pilihanraya adalah lebih penting daripada parti politik.  Vote for the candidate. Not for the party. Pilihlah calon yang berwibawa. Tak pedulilah siapa pula partinya.

Dalam video berikut saya ingin menunjukkan sedikit perbandingan antara beberapa calon yang sedang menawarkan diri mereka sebagai calon Wakil Rakyat (Ahli Parlimen). Tuan-tuan sekalian boleh melihat dan mendengar sendiri dan membuat keputusan sendiri.

Yang pertama sekali adalah calon luarbiasa Professor Dr Noraisyah Mydin seorang professor perubatan yang sangat senior di sebuah universiti kita.  Dr Noraisyah adalah seorang OKU yang memerlukan wheelchair atau kerusi roda akibat penyakit tulang belakang yang melumpuhkan kaki beliau. 

Dr Noraisyah adalah calon Pakatan Harapan bagi kawasan Parlimen Putrajaya.

Bila saya melihat dan mendengar video Dr Noraisyah Mydin ini saya teringat professor saya sewaktu di universiti 40 tahun dulu di Amerika Syarikat. Setiap kali professor saya buka mulut saja, yang keluar adalah ilmu. I used to listen and hear every word they said.  These are knowledgeable people. They are experts.

Dr Noraisyah begitu passionate atau bersemangat membela nasib orang kurang upaya atau OKU. Dia lebih tahu dan dia lebih faham sebab dia sendiri seorang OKU. Tambah lagi dia adalah seorang professor perubatan. Saya harap Dr Noraisyah akan menang Parlimen Putrajaya dan akan terus dilantik menjadi Menteri Kesihatan.

Untuk makluman, antara calon lain di Putrajaya adalah mamak babuji jutawan kaya raya yang boleh bertukar macam chameleon menjadi kerabat Melayu pula!!  Jadi kepada pengundi Putrajaya, pilihlah dengan baik-baik.

 


 

Nombor 2 di bawah ini adalah calon Pakatan Harapan di Ipoh Timur. Seorang anak muda Howard Lee Chuan How - juga bekas ADUN Perak. Jelas sekali seorang yang terpelajar, fasih dan amat jelas hujahnya berkenaan penjagaan dan kesihatan warga tua atau care for the aged. Juga dikenali sebagai geriatric care.   

Mendengar ucapan ringkas Howard Lee "the care crisis is real, the agedness of our society is real" maksudnya bilangan penduduk Malaysia yang makin tua sedang bertambah dan golongan warga tua perlukan bantuan dan penjagaan kesihatan khusus yang sangat berkurangan dalam negara kita.  Inilah mesej Howard Lee Chuan How, calon Pakatan Harapan di Ipoh timur.

 

 

 Seterusnya video kepala lebai. Saya tak tahu-lah nak kata apa lagi. Sila dengar sendiri.

 

Dan seterusnya video lagu menarik juga.


Kesimpulannya Tuan-Tuan sekalian, kenapa negara kita makin terkebelakang dan masyarakat kita makin mundur? Ini sudah abad ke-21. Tahun 2022. Masyarakat kita makin mundur  dalam pelbagai aspek. Jawapan yang ringkas ialah siapakah pemimpin kita? Siapakah kita pilih sebagai Wakil Rakyat?

Kalau wakil rakyat dan pemimpin kita berpelajaran dalam ilmu yang berguna, mereka jujur dan mereka mempunyai idea, visi, semangat dan bertekad untuk membantu masyarakat (tanpa sebarang rancangan sampingan untuk menjadi jutawan kaya raya bagi diri mereka serta anak-bini mereka) maka negara dan masyarakat kita akan maju ke hadapan dengan sangat laju. Percayalah.

Jadi buatlah pilihan yang betul dan bijak. Janganlah mengundi penipu, pembohong, perasuah dan pencuri. Yang lebih bahaya janganlah mengundi calon yang kurang cerdik atau yang tidak berakal.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.