`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, February 15, 2023

Keputusan Azmin berehat tak jejas PN di Selangor, kata penganalisis

 

Seorang penganalisis percaya Azmin Ali cuba melihat respon orang ramai apabila mengumumkan akan berehat daripada arena politik.

PETALING JAYA: Keputusan bekas menteri besar Azmin Ali berehat daripada arena politik dilihat tidak akan banyak mengganggu perancangan Perikatan Nasional menjelang PRU15 peringkat Selangor akan datang.

Pakar geostrategi Azmi Hassan dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara berkata Azmin yang sering dikatakan calon menteri besar PN dilihat tidak mempunyai pengaruh yang kuat di peringkat kawasan.

“Sebagai (calon) menteri besar tak sepatutnya berlaku seperti ini (tiada pengaruh). Yang dikatakan ‘populariti’ Azmin sebelum ini adalah disebabkan oleh PKR dan pengundi PKR,” katanya kepada FMT.

Azmi berkata, populariti Azmin menjunam susulan Langkah Sheraton yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan dan selepas beliau keluar PKR.

Faktor ini, kata Azmi, adalah punca kekalahan teruk Azmin yang bertanding di kerusi Parlimen Gombak pada pilihan raya umum lalu.

Selepas tiga penggal mewakili Parlimen Gombak, Azmin tewas di tangan calon PKR, Amirudin Shari yang juga menteri besar Selangor, yang meraih majoriti 12,729 undi.

Ini bermakna, pengundi ada isu kepercayaan terhadap Azmin dan ia lebih ketara kerana Azmin sinonim dengan Gombak.

Pada Ahad lepas, Azmin, yang juga ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu, mengumumkan akan berehat seketika daripada karier politik bagi menyusun semula perancangan politik beliau.

Azmin yang juga bekas menteri besar Selangor masih Adun Bukit Antarabangsa, kerusi yang dimenanginya dalam PRU14 pada 2018.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya percaya pengumuman rehat itu cubaan Azmin melihat respon orang ramai, selepas lama menyepi susulan kekalahan di Parlimen Gombak.

“Tidaklah mengganggu apa buat sementara ini, kerana ini langkah taktikal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Program Sains Politik, Muhamad Nadzri Mohamed Noor, dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata Azmin bukan faktor utama berlakunya Gelombang Hijau.

Beliau juga percaya sekiranya PN kalah di Selangor pada PRN akan datang, ia bukanlah kerana ketiadaan Azmin.

“Ketiadaan Azmin merencatkan sedikit hasrat PN menawan Selangor tetapi faktor kehilangan itu berbanding dengan tuduhan Bersatu menerima dana … faktor yang lebih hebat lagi,” kata beliau. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.