`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 28, 2013

TAHNIAH!!!!!... BANDARAYA KUALA LUMPUR KINI DIKENALI SEBAGAI BANDARAYA TIKUS!!!!!



Sudah pasti warga Kuala Lumpur khasnya dan seluruh negara amnya akan rasa bangga dan megah apabila membaca kisah ini.

Kehebatan UMNO mengurus tadbir Kuala Lumpur semenjak Merdeka yang kini bermenterikan Setiausaha Agung UMNO .. jumlah populasi tikus di Kuala Lumpur melebehi penduduk Kuala Lumpur sendiri.

KUALA LUMPUR
: Sejajar dengan pembangunan pesat di Kuala Lumpur yang kini dihiasi dengan bangunan pencakar langit, populasi tikus juga kian meningkat.

Statistik terkini dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan bahawa terdapat 6.8 juta tikus yang bersarang di Kuala Lumpur.

Angka itu adalah empat kali lebih besar daripada populasi Kuala Lumpur! Secara ringkasnya, nisbah setiap penduduk di Kuala Lumpur adalah bersamaan dengan empat ekor tikus.

Apa yang lebih mengejutkan lagi, tikus-tikus ini membiak dengan begitu mendadak sehingga populasinya bertambah sebanyak dua peratus setiap tahun.

Dengan bilangan kakitangan Unit Kawalan Perosak yang terhad iaitu hanya 24 anggota untuk membasmi tikus-tikus sebanyak itu, DBKL memperkenalkan tawaran upah RM1 kepada setiap ekor tikus yang berjaya ditangkap orang ramai.

Pakar Perubatan Kesihatan, Jabatan Kesihatan Alam Sekitar DBKL Dr Zainol Arrifin Pawanchee berkata program RM1 untuk seekor tikus ini bermula pada tahun 2008 dimana DBKL mensasarkan untuk menghapuskan 50,000 tikus dalam setahun.

“Setakat ini kami telah berjaya mencapai sasaran itu. Melalui program RM1 untuk seekor tikus ini sahaja, kami telah berjaya membasmikan 80,791 tikus dalam tempoh lima tahun. Ini bermakna, kami juga telah membayar RM80,791 kepada orang-orang yang berjaya menangkap tikus,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.