`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, October 3, 2016

Akhbar The Star kantoi guna berita tahun lepas untuk ampu Najib

SEJAK Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, DOJ mengambil tindakan undang-undang terhadap skandal 1MDB, Najib Razak (Malaysian Official 1) dikatakan tidak berani untuk ke Amerika Syarikat, ada yang kata Najib takut kalau masuk Amerika, masuk boleh tapi keluar tak boleh.

Tapi apa yang menghairankan, walaupun Najib dikatakan tidak ke Amerika kerana takut ditangkaptiba-tiba ada berita tentang Najib di New York, Amerika dalam Akhbar The Star versi cetak semalam.

Muka surat 5, Akhbar The Star semalam (2 September 2016) bertajuk "We're a resilient country" melaporkan, Najib yang berada di New York, menyeru pengurus-pengurus dana di Amerika agar tidak mempedulikan segala kontroversi berkaitan 1MDB.



Bila disemak, ternyata Akhbar milik MCA itu 'kantoi' cuba nak ampu Najib tapi gunakan laporan berita tahun lepas

Berita tersebut telah disiarkan pada 1 Oktober 2015 tahun lalu, di beberapa buah portal, antaranya, The Sun Daily, dan juga Borneo Post. (Baca — The Sun Daily dan Borneo Post)

Selepas kerja jahat itu terbongkar, The Star dengan pantas memadam artikel tersebut daripada laman webnya, namun jejaknya masih ada.

Bila aku Google tajuk "We're a resilient country" paparan muka pertama Google mencadangkan satu tajuk artikel daripada laman web The Star, namun bila aku klik, artikel tersebut sudah dipadamkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.