`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, October 9, 2016

Motorsikal BERSIH 5 langgar peserta baju Merah kata anak buah Jamal

SEORANG anak buah Jamal Samseng (atau Jamal Jamban) menulis di laman facebook mendakwa, penyokong Bersih 5 yang menunggang motorsikal semalam diterajang kerana sebelum itu telah melanggar beberapa orang penyokong baju Merah.

Bagi anda yang belum melihat video kejadian tersebut, sila klik link ini — Samseng Baju Merah terajang penyokong Bersih 5 depan Polis.

Tulisan di facebook oleh anak buah Jamal itu yang kononnya mahu memberikan gambaran sebenar kejadian semalam mendakwa dua orang penyokong Bersih 5 keluar dari Stadium Sabak Bernam telah melakukan provokasi dengan cara membuat bising menggunakan motorsikal yang ditunggang.

Motorsikal tersebut dikatakan ditunggang secara berbahaya ke arah kumpulan baju merah sebelum terjatuh selepas melanggar beberapa peserta baju merah.

Di bawah ini screenshot tulisan tersebut.



Anda boleh tonton sendiri video kejadian semalam, dan nilailah sendiri dakwaan anak buah Jamal Jamban ini sama ada benar atau sekadar cuba menegakkan benang basah sekaligus memperbodohkan semua rakyat Malaysia.

Video 1 — YouTube
Video 2 — YouTube

"Orang bodoh sangka orang lain juga bodoh sepertinya..."

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.