`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, July 16, 2021

Jangan cabar arahan kerajaan, TPM beri amaran kepada pengilang

 

Ismail Sabri berkata beliau berbesar hati kepada warganet, penduduk sekitar serta mereka yang sentiasa memberi maklumat pada pihak berkuasa mengenai perlanggaran SOP dalam kalangan pengilang.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberi amaran keras kepada pengusaha kilang dan premis perniagaan yang masih berdegil melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara.

Beliau berkata sebanyak 180 kilang serta premis perniagaan diarah tutup pada Rabu kerana gagal mematuhi arahan dan SOP ditetapkan.

“Jangan cabar arahan kerajaan, ini amaran saya kepada kilang dan premis perniagaan yang masih berdegil melanggar SOP. Rakyat lain boleh bersabar, kenapa masih ada pihak masih berdegil dan merupakan penyumbang utama.

“Saya berbesar hati kepada netizen, penduduk sekitar dan rakyat yang sentiasa memberi maklumat pada pihak berkuasa terhadap mereka yang rakus dan tamak ini,” katanya menerusi hantaran Facebook malam tadi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.