`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, July 14, 2021

Kempen bendera putih terus dapat sambutan

 

‘#BenderaPutih’ adalah inisiatif komuniti bagi membantu mereka yang terdesak dan memerlukan makanan serta bantuan lain

PETALING JAYA: Kempen ‘#BenderaPutih’ adalah inisiatif komuniti bagi membantu mereka yang terdesak dan memerlukan makanan serta bantuan lain ketika berdepan krisis ekonomi dan kesihatan ekoran pandemik Covid-19.

Kempen ini menggalakkan mereka yang mengalami kesukaran atau masalah kewangan untuk mendapatkan bantuan tanpa rasa takut dan malu dengan mengibarkan bendera berwarna putih di hadapan rumah sebagai isyarat mereka memerlukan bantuan segera.

Senarai di bawah adalah tambahan kepada bantuan yang pernah dilaporkan FMT sebelum ini:

1) Church of Praise

Gereja ini terletak di Bukit Indah, Johor Bahru dan menyediakan bantuan kepada mereka yang memerlukan ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh ini.

Hubungi talian 012-771 7096 (Patrick Hua)

2) Kuala Lumpur Baptist Church

Gereja ini menyediakan bank makanan untuk individu yang memerlukan.

Sesiapa yang memerlukan bantuan digalakkan menghantar pesanan kepada Esther di talian 012-3930949. Sila nyatakan nama, alamat, nombor untuk dihubungi dan bilangan isi rumah dalam mesej yang dihantar.

3) SunwayCares Food Aid

Berbekalkan semangat kempen bendera putih, Sunway sedang mengumpulkan barangan makanan diproses yang tidak mudah rosak bagi mereka yang memerlukan ketika waktu sukar ini.

Barangan keperluan ini kemudian akan diagihkan kepada keluarga yang memerlukan di kawasan Subang Jaya dengan kerjasama SJ Echo dan Lion’s Club of Subang Jaya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjur, boleh layari laman di sini.

4) Food Aid Damansara Perdana

Untuk mendapatkan pek makanan, hubungi Tammy Lim di talian 012-2964148 (WhatsApp) berserta maklumat diri anda dan tunggu pengesahan bagi mengambil pek makanan berkenaan di DIB restaurant, Empire Damansara (Pusat Perdagangan PJ).

5) Untuk Malaysia

Gerakan ini bertujuan menyediakan bantuan kepada mereka yang terkesan ketika PKP penuh.

Untuk permohonan boleh tekan di sini.

Bagi maklumat lanjut: Twitter @untukmalaysiaa

-FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.