`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, July 15, 2021

Ketua pembantu tadbir sekolah hadapi 22 pertuduhan rasuah

 

Silvester Pantau, 52, didakwa melakukan kesalahan itu antara 4 Mac 2015 hingga 13 November 2015 dengan menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dengan mengemukakan invois syarikat milik saudaranya.

TAWAU: Seorang ketua pembantu tadbir sebuah sekolah menengah di Lahad Datu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini hari ini atas 22 pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM24,580.45 enam tahun lalu.

Tertuduh, Silvester Pantau, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 4 Mac 2015 hingga 13 November 2015 dengan menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dengan mengemukakan invois syarikat milik saudaranya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Sabit kesalahan dia boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Mahkamah kemudian membebaskan tertuduh dengan bon jaminan sebanyak RM10,000.

Tertuduh juga diarah menyerahkan pasport miliknya kepada mahkamah selain diminta melapor diri di pejabat SPRM setiap dua bulan sekali,

Mahkamah turut menetapkan 23 Ogos depan sebagai tarikh pengurusan kes sebelum perbicaraan penuh dilaksanakan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Rekhraj Singh dan tertuduh diwakili peguam, Zahir Hussein Ahmad Shah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.