`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, July 18, 2021

KPT tambah 13 lagi PPV IPT

 

Penambahan PPV IPT itu akan membabitkan universiti awam (UA) dan IPT swasta yang diharap dapat membantu negara mencapai imuniti kelompok dengan lebih pantas.

NIBONG TEBAL: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) merancang menambah 13 lagi pusat pemberian vaksin Institusi Pengajian Tinggi (PPV IPT) dalam tempoh terdekat sebagai usaha mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada orang ramai di seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Mansor Othman berkata penambahan PPV IPT itu akan membabitkan universiti awam (UA) dan IPT swasta yang diharap dapat membantu negara mencapai imuniti kelompok dengan lebih pantas.

“Sekarang ini, kita ada 29 PPV IPT di seluruh negara dan akan ditambah 13 lagi menjadikan 42 PPV IPT termasuk antaranya di Universiti MAHSA dan Universiti UCSI. Setakat ini semua berjalan lancar malah sangat membantu dalam proses pemberian vaksin kepada orang ramai.

“KPT juga akan terus komited membantu Pelan Pemulihan Negara (PPN) sebagai strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut pandemik Covid-19 sekarang ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis Program Agihan Bakul Makanan Parlimen Nibong Tebal, semalam.

Pada majlis itu, bakul makanan disampaikan kepada Komuniti Rukun Tetangga (KRT) kawasan Parlimen berkenaan untuk diagihkan kepada penduduk yang memerlukan bantuan.

Terdahulu pada majlis itu, Mansor, yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, berkata sebanyak 5,000 bakul makanan mengandungi barangan makanan asas antaranya beras, gula, tepung, minyak dan sardin diperuntukkan kepada penduduk yang terkesan akibat Covid-19. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.