`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, July 19, 2021

Lori lima tan jatuh dalam laut, pemandu dikhuatiri lemas

 

Selain bomba, agensi lain turut membantu dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa, termasuk APMM dan polis. (Gambar Fail)

PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 33 tahun dikhuatiri lemas di Port Dickson selepas lori lima tan yang dipandunya secara mengundur terjatuh ke dalam laut dari jeti pemunggahan arang batu awal pagi tadi.

Bomba tiba di lokasi kejadian di Jimah Power Plant pada 2.19 pagi setelah menerima panggilan kecemasan pada 1.53 pagi, menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Mohd Hairul Izam Mazelan.

“Kami dimaklumkan ada seorang lelaki dipercayai terjatuh ke dalam laut sedalam 20m ketika mengundur kenderaan (lori lima tan) yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan arang batu,” katanya, menurut laporan Kosmo.

“Kami menjalankan pencarian mangsa di permukaan dan pada 8 pagi ini, kami memulakan penyelaman di dalam air menggunakan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) ketika air surut.”

Ketika kejadian katanya, terdapat lima orang sedang memunggah arang batu di jeti berkenaan, termasuk empat pekerja warga asing.

Agensi lain turut membantu dalam usaha mencari dan menyelamat, termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan polis, kata Hairul. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.