`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, July 11, 2021

Luarbiasa Indonesia - Only In Indonesia




Indonesia adalah sebuah negara Islam yang makin menjadi contoh bukan saja untuk seluruh dunia tetapi khususnya bagi negara Islam.

Jelas sekali pembinaan masjid Islam, gereja Katolik, tokong Cina, pura Hindu dan gereja protestant dalam satu saf, di lokasi yang sama, secara bersebelah-belahan di Surabaya adalah disengajakan pemerintah Indonesia dan pihak berkuasa tempatan (provinsi dan kabupaten).

Maksudnya pembinaan pelbagai rumah agama di suatu lokasi itu pasti disetujui oleh pihak berkuasa tempatan dan juga disetujui pemerintah pusat. 

Walaupun masih wujud unsur teroris dan ekstremis di Indonesia (hampir kesemuanya aliran teroris salafi wahabi) tetapi pada keseluruhannya majoriti rakyat negara Indonesia daripada kelompok Islam mempunyai pendekatan yang sederhana dalam fahaman agama mereka. 

Contohnya Indonesia sangat berbangga dengan warisan pengaruh India dalam bahasa, budaya dan tradisi mereka. Surabaya contohnya adalah gabungan dua nama Sanskrit Sura (ikan paus) dan baya (buaya).  

Indonesia tidak mencuba untuk memadamkan, mengikis, menukar, membohongi atau mengganti warisan sejarah mereka. Mereka menghargai sejarah mereka terutama sekali warisan empayar silam Nusantara seperti Chola, Pallava, Gupta, Singasari, Majapahit, Sri Vijaya dsbnya yang telah begitu lama sekali bertapak di Indonesia.

Mereka tidak mencuba memadamkan sejarah silam mereka atau cuba menggantikannya dengan budaya tradisi lain yang sangat 'alien' kepada kebanyakan manusia (Timur dan Barat).  

Pendek kata masyarakat Indonesia sangat konfiden dengan warisan sejarah mereka sejak seribu tahun yang membantu membentuk identiti ke-Indonesian mereka. 

Mereka tidak meraba dalam gelap atau merangkak dalam 'kongres' untuk mengenali diri mereka. Mereka berpegang teguh kepada warisan sejarah mereka.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.