`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, July 20, 2021

Polis tahan lelaki tikam jiran buat bising

 

Polis berkata, suspek direman empat hari bermula hari ini. (Gambar Freepik)

PETALING JAYA: Seorang lelaki menikam jirannya kerana membuat bising dalam kejadian di Taman Permas Jaya, dekat Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Mohd Padzli Mohd Zain, berkata polis menerima panggilan pada 1.15 tengah hari berhubung pergaduhan membabitkan dua lelaki.

Beliau berkata, seorang daripadanya yang berusia 40-an dipercayai menyerang serta mencederakan seorang lagi lelaki yang berusia 50-an, dengan menggunakan pisau menikamnya di bahagian perut.

“Kejadian itu berlaku di belakang rumah mangsa. Suspek dikatakan marah dengan tindakan mangsa yang bising ketika memasak bersama rakan serumah.

“Polis menahan lelaki itu di lokasi kejadian kira-kira 2.45 petang hari sama,” katanya dalam kenyataan yang dipetik Bernama.

Beliau berkata, suspek direman empat hari bermula hari ini dan mangsa dalam keadaan stabil di hospital.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.