`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, July 28, 2021

Program vaksinasi negara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

 

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 berlangsung selama lima hari, bermula Isnin hingga 29 Julai dan 2 Ogos. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Hari ketiga Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini diteruskan dengan sesi penerangan mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang dilaksanakan kerajaan.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, perkara itu akan diperjelaskan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin disusuli sesi Ahli-ahli Parlimen mengemukakan persoalan, penjelasan lanjut dan cadangan sebelum dijawab menteri berkenaan.

Antara perkara dijangka dibangkitkan Ahli Parlimen ialah mengenai kadar vaksinasi negara, perolehan bekalan vaksin, pusat pemberian vaksin (PPV) dan isu suntikan vaksin kosong.

Ketika ini, Malaysia merupakan antara negara yang terpantas memvaksinasi penduduknya dengan kapasiti kadar suntikan mencapai lebih 500,000 dos sehari.

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 berlangsung selama lima hari, bermula Isnin hingga 29 Julai dan 2 Ogos.

Pada sidang khas itu, semua 220 Ahli Parlimen termasuk yang belum divaksin dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, termasuk perlu menjalani ujian saringan Covid-19 serta memakai pelitup muka. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.