- Ahli Parlimen BN dari Umno, MCA, MIC sepakat sokong Muhyiddin
- sehari selepas Zahid umum menarik sokongan
- Dalam krisis ekonomi, rakyat jauh lebih penting dpd percaturan parti
- Sehubungan itu, ahli Parlimen sokong Muhyiddin sebagai PM kata mereka
OSTB : Rupanya Umno pula makin retak. Presiden yang tidak mempunyai sokongan majoriti dalam parti makin terpinggir dan makin desperate.
Serupa musang 'Wiley Coyote' dalam kartun Road Runner, sekali lagi presiden gagal "menangkap" sokongan padu daripada ahli parti sendiri. Ini adalah kali KE-LIMA presiden gagal mendapat sokongan ahli parti sendiri untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang bukan ahli Umno pun.
Jelas bahawa presiden dalam keadaan yang sangat sempit.
Kalau nak sebut pasal percaturan politik, apa yang saya lihat sebagai jalan yang lebih mudah ialah lebih baik bagi presiden untuk berbaik dan memberi sokongan penuh kepada PM.
Caranya adalah tersangat simple. Presiden cuma perlu tanya : 'Saya minta maaf lah. How can I help you?'
Apa susah sangat? No promises lah. Tetapi dalam keadaan makin sesak, friends are better than enemies.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.