`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, July 2, 2021

Zarina Anjoulie mahu saman polis wanita

 

Ketua Polis Daerah Nilai Mohd Fazley Ab Rahman mengesahkan pihaknya menerima laporan polis itu. (Gambar Instagram anjoulielavocah1)

PETALING JAYA: Pelakon kontroversi Zarina Anjoulie berkata beliau bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang anggota polis wanita.

Menurut laporan Harian Metro, Zarina dipetik berkata sudah membuat laporan terhadap anggota polis itu malam tadi.

Menerusi hantaran di Instagram, Zarina turut mendakwa mempunyai bukti kukuh untuk menyabitkan anggota itu dengan salah laku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Mohd Fazley Ab Rahman dalam satu kenyataan di media mengesahkan laporan diterima kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

“Kami akan menjalankan siasatan terhadap aduan yang dibuat,” katanya.

Terdahulu, Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul dikaitkan dengan penahanan seorang selebriti wanita yang disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet di Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.