`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, December 1, 2023

Johor Bahru dilanda banjir kilat

 

Beberapa kawasan di Johor Bahru dilanda banjir kilat susulan hujan lebat lebih dua jam sejak tengah malam tadi. (Gambar APM)

PETALING JAYA: Hujan lebat sejak tengah malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di Johor Bahru dilanda banjir kilat awal pagi.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam (APM), banjir kilat berlaku di Kampung Nusa Damai dan Jalan Masai Lama, Pasir Gudang serta Kampung Paya Kenangan di Johor Bahru.

Katanya, kawasan itu mula dinaiki air kira-kira 1.30 pagi tadi.

“Kejadian ini berpunca daripada hujan lebat yang turun melebihi dua jam.

“Sepasukan anggota dari APM Daerah Johor Bahru bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan telefon daripada orang awam.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dan kehilangan harta benda dilaporkan buat masa ini dan pemantauan dari semasa ke semasa terus dijalankan oleh APM,” katanya menurut Harian Metro.

Pusat pemindahan sementara (PPS) juga dijangka akan dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di beberapa lokasi.

Sementara itu, orang ramai turut memuat naik gambar keadaan banjir kilat di media sosial, melibatkan Jalan Bunga Mawar, Kampung Maju Jaya, Kempas di sini serta di Jalan Bandar, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.