`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, December 23, 2024

Ketua PAC saran pengambilalihan MAHB ditangguh

 

Mas Ermieyati
Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin berpandangan, isu pengambilalihan MAHB mesti diterangkan dengan lebih terperinci dan telus dalam prosiding PAC sebelum sebarang keputusan dibuat.

PETALING JAYA
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan menyiasat pengurusan lapangan terbang, termasuk cadangan pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

“Sekiranya kerajaan mahu memperlihatkan ketelusan dalam tatakelola pengambilalihan ini, saya berpandangan lebih baik isu ini diterangkan dengan lebih terperinci dan telus dalam (prosiding) PAC (dan) satu laporan dibentangkan di Parlimen sebelum apa-apa tindakan dibuat,” kata Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin kepada FMT.

Mas Ermieyati berkata, PAC bercadang memulakan prosiding sebaik sahaja Dewan Rakyat bersidang semula pada awal Februari.

Keputusan untuk meneliti pengambilalihan itu susulan komen lima pengarah bebas MAHB bahawa tawaran RM11 sesaham kepada pengendali lapangan terbang itu tidak adil dan tidak wajar.

Lima pengarah itu berkata, harga tawaran itu jauh lebih rendah berbanding dengan anggaran nilai sesaham MAHB, dan memetik momentum kewangan positif MAHB, strategi dan trajektori pertumbuhan yang jelas, prospek masa depan dan inisiatif untuk pembangunan.

Mereka menasihatkan pemegang saham untuk menolak tawaran tersebut.

Bagaimanapun pada Sabtu, Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA), konsortium yang mencadangkan agar MAHB diswastakan, kekal dengan harga tawaran RM11 sesaham.

GDA terdiri daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); UEM Group Bhd yang disokong Khazanah Nasional Bhd, Abu Dhabi Investment Authority, dan Global Infrastructure Partners milik BlackRock.

Konsortium itu menegaskan, harga RM11 sesaham yang ditawarkannya menarik kerana ia mewakili premium 49.5% tahun setakat ini berbanding harga penutup MAHB RM7.36 pada 29 Dis 2023.

GDA juga berkata, walaupun prestasi terbaru MAHB menunjukkan momentum positif, pengendali lapangan terbang itu dibelenggu oleh prestasi buruk yang berlarutan, dari segi operasi dan kewangan, serta tidak mempunyai rekod prestasi yang boleh dipercayai dalam menunaikan janjinya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.