`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, March 29, 2025

Bomba temu mayat lelaki tersepit dalam longkang

 

Free Malaysia Today
Bomba Perak berkata, mangsa disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian dengan mayat diserahkan kepada polis.

IPOH
Mayat lelaki tidak dapat dikenal pasti identitinya ditemukan tersepit dalam longkang di Lebuh Bercham Timur, Pusat Bandar Baru Bercham, dekat Ipoh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.50 tengah hari tadi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Tambun digegaskan ke lokasi kejadian.

“Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan yang turut berada di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi berkata, mayat berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada 2.42 petang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.