`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, March 16, 2025

Dasar industri pertahanan di peringkat akhir penyediaan

 

Free Malaysia Today
Kerajaan mahu membangunkan sendiri keperluan pertahanan negara. (Gambar Bernama)

KOTA BELUD
Kerajaan di peringkat akhir merangka Dasar Industri Pertahanan Negara sebelum dibentangkan kepada Majlis Industri Pertahanan.

Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin berkata ia kemudian perlu mendapat persetujuan Jemaah Menteri sebelum dilancarkan pada tahun ini.

“Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu supaya kita memberi tumpuan yang khusus mengenai soal ini dan memang ini pun menjadi sebahagian daripada perancangan kementerian,” katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama warga Kem Paradise.

Pada Jumaat, Anwar dilaporkan mahu sinergi baharu antara Kementerian Pertahanan dan pemain industri diwujudkan bagi memastikan ekosistem penyelidikan dan pembangunan pertahanan negara terus maju seiring perubahan dan kecanggihan teknologi.

Khaled berkata perdana menteri juga mahu kementerian beri tumpuan kepada mengurangkan kebergantungan pada pembekalan aset dari luar negara.

Ini memerlukan kepada membangunkan sendiri keperluan pertahanan negara dan ia merupakan langkah pertama kementerian untuk menjayakan ekosistem industri pertahanan tempatan.

“Dalam setiap perolehan yang dilakukan kita mesti pastikan berlakunya pemindahan teknologi supaya negara dapat membina keupayaan untuk membangunkan industri,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.