`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Tuesday, March 4, 2025

Pastikan keselamatan data pengguna aplikasi minyak masak bersubsidi, gesa Fomca

 

minyak masak
Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia menggesa kerajaan memastikan data pengguna aplikasi memantau penjualan minyak masak bersubsidi tidak disalah guna atau terdedah risiko kebocoran.

PETALING JAYA
Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa kerajaan memastikan keselamatan data pengguna di tahap optimum bagi aplikasi yang akan diperkenalkan untuk memantau penjualan minyak masak bersubsidi.

Ini kerana kata Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Saravanan Thambirajah, aplikasi itu menyimpan rekod pembelian dan maklumat peribadi pengguna.

“Jadi, kerajaan perlu memastikan data ini tidak disalahgunakan atau terdedah kepada risiko kebocoran,” katanya kepada FMT mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali semalam bahawa satu aplikasi akan diperkenalkan untuk memantau penjualan minyak masak bersubsidi.

Katanya, data pengguna akan direkodkan semasa pembelian bagi membolehkan KPDN menentukan sama ada minyak masak bersubsidi dijual kepada kumpulan sasaran.

Beliau berkata, aplikasi itu projek rintis yang akan menjadi sebahagian Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS).

Mengulas lanjut, Saravanan meminta kerajaan memastikan aplikasi itu mesra pengguna dan penguatkuasaan diteruskan kerana bimbang ada pihak mungkin mencari jalan memanipulasinya.

“Bagaimana aplikasi ini akan digunakan golongan kurang celik teknologi atau tidak memiliki telefon pintar? Jika prosesnya terlalu rumit, ia boleh menyusahkan pengguna sebenar yang memerlukan minyak masak bersubsidi.

“Namun, secara keseluruhan, aplikasi ini boleh menjadi alat pemantauan baik, tetapi ia perlu disokong penguatkuasaan cekap, jaminan keselamatan data pengguna dan mekanisme tidak membebankan rakyat.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.