`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, February 25, 2026

ATM sudah ada mekanisme jaga kebajikan keluarga kematian anggota, kata Rafoc

 Presiden Persatuan Kor Pegawai Bersara Angkatan Tentera Abdul Aziz Ibrahim berkata isu keluarga anggota terabai tidak timbul kerana ATM ada peraturan jelas mengenai kebajikan.

K INDIRAN
K Indiran ditemui tidak sedarkan diri ketika mengikuti kursus kru Armor di Kem Batu 10, Kuantan, Pahang, 18 Feb lalu sebelum disahkan meninggal dunia sehari kemudian ketika menerima rawatan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah mempunyai badan yang mengurus kebajikan dalam membantu keluarga anggota terlibat, termasuk membabitkan kes kematian.

Presiden Persatuan Kor Pegawai Bersara Angkatan Tentera (Rafoc), Abdul Aziz Ibrahim, berkata isu keluarga anggota yang meninggal dunia diabaikan tidak sepatutnya timbul memandangkan pasukan itu telah menyediakan peraturan bagi membela kebajikan mereka.

“Jika seseorang askar mati dalam perkhidmatan, orang tanggungannya boleh diberi pencen terbitan dan ganjaran.

“Pencen orang tanggungan dan ganjaran orang tanggungan mengikut kadar-kadar yang masing-masing,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, seorang Ahli Parlimen PAS mencadangkan kerajaan memberi bantuan menyeluruh dan pengiktirafan rasmi yang sewajarnya kepada keluarga mendiang anggota tentera, Truper K Indiran, yang meninggal dunia pada Khamis lalu.

Ahli Parlimen Pasir Mas Fadhli Shaari berkata jaminan kebajikan jangka panjang kepada ibu mendiang, S Usha, juga wajar dipertimbangkan memandangkan keluarga itu telah kehilangan dua insan tersayang ketika berkhidmat untuk negara dalam tempoh kira-kira sedekad.

Pada 18 Feb lalu, Indiran, 22, yang sedang mengikuti kursus kru Armor di Kem Batu 10, Kuantan, Pahang, ditemui tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan dan disahkan meninggal dunia sehari kemudian ketika menerima rawatan.

Mendiang ialah anak kepada Mejar C Kayamboo, juruterbang Tentera Udara yang maut dalam nahas pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Beechcraft B200T yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang sebelum terhempas berhampiran Terminal Peluru Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang, pada 2016. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.