Kementerian Kewangan berkata penambahan kategori itu meningkatkan jumlah barangan yang layak dibeli kepada 140,000 jenis.

Kementerian Kewangan berkata penambahan kategori itu turut meningkatkan jumlah barangan yang layak dibeli menggunakan kredit SARA yang mula dikreditkan ke MyKad hari ini kepada 140,000 jenis barangan.
“Seperti diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri hari ini, kerajaan menyalurkan SARA untuk semua mulai hari ini.
“Dengan peruntukan sebanyak RM2.2 bilion, lebih 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia dewasa dapat memanfaatkan kredit one-off RM100 SARA yang sah digunakan sehingga 31 Disember,” kata kenyataan itu.
Katanya, dengan SARA untuk Semua, isi rumah berpeluang menerima bantuan berganda bergantung pada bilangan ahli dewasa yang layak.
Tambahnya, kerajaan juga menyasarkan untuk meningkatkan penyertaan kedai runcit kecil sebagai Rakan Niaga SARA kepada 10,000 kedai menjelang hujung 2026, manakala jarak kedai runcit terdekat dikurangkan daripada 10km kepada 7km.
Program berkenaan adalah sebahagian daripada inisiatif SARA di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang bertujuan membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup melalui bantuan bersasar tanpa tunai.
Orang ramai boleh menyemak status pengkreditan dan soalan lazim (FAQ) berkenaan SARA untuk Semua melalui portal rasmi SARA https://sara.gov.my. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.