`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, February 9, 2026

Kerajaan tak larang ternakan babi, tapi jangan babit kawasan penduduk

 Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata aspek lokasinya perlu mengambil kira sensitiviti dan ketenteraman masyarakat.

PIG FARM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata penternakan babi tidak wajar dilaksanakan di kawasan penempatan hingga boleh mencetuskan kegelisahan. (Gambar Envato Elements)
PUTRAJAYA:
 Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak pernah menentang penternakan babi namun ia tidak wajar dilaksanakan di kawasan penempatan penduduk hingga boleh mencetuskan kegelisahan.

Beliau berkata dasar kerajaan jelas tidak melarang penternakan babi atau amalan pemakanan orang bukan Islam namun aspek lokasi perlu mengambil kira sensitiviti dan ketenteraman masyarakat.

“Begitu juga mengenai ternakan babi. Ia bukan soal Cina atau Melayu. Saya setuju dengan pandangan tidak harus diteruskan di kawasan yang menimbulkan kegelisahan penduduk tempatan.

“Kalau mahu, cari pilihan tempat yang jauh, boleh teruskan. Kita dari segi dasar tidak menentang ternakan babi atau tidak melarang orang bukan Islam makan babi.

“Tetapi (diternak) di kawasan penduduknya yang tidak makan babi termasuk orang Islam, itu tentunya kita tidak galakkan,” katanya kerika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara di sini, hari ini. - FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.