Ketuanya Mohamad Fadil Md Zin berkata seruan Ketua Umno negeri Jalaluddin Alias itu bagi memastikan isu kepentingan rakyat dapat dibahas.

Ketuanya, Mohamad Fadil Md Zin berkata, dakwaan PKR negeri itu disifatkan cubaan mengalih isu utama yang berlaku melibatkan adat dan kepimpinan.
“Tidak timbul soal mengemukakan usul undi tidak percaya apabila ketua Umno Negeri Sembilan mendesak pelaksanaan sidang DUN kerana ini adalah demi kepentingan rakyat, yang mana kita tahu banyak perkara perlu dibahas oleh Adun di dalam sidang DUN itu.
“Oleh yang demikian, tuduhan bahawasanya Umno cuba menubuhkan ‘kerajaan pintu belakang’ adalah merupakan pengalihan terhadap isu sebenar yang berlaku di Negeri Sembilan,” katanya kepada FMT.
Mengulas lanjut, Fadil berkata pemimpin PKR, terutamanya Menteri Besar Aminuddin Harun tidak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri.
Sebelum ini, Pemuda PKR Negeri Sembilan mengecam Jalaluddin kerana dikatakan mendesak sidang DUN dipanggil bagi mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Aminuddin.
Ketuanya, Hamizan Bahtiar menyifatkan gesaan tersebut bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah satu percubaan menubuhkan ‘kerajaan pintu belakang’.
Terdahulu, 14 Adun Umno mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin, dengan PN Negeri Sembilan mengumumkan lima Adun sedia menyokong Umno untuk memperoleh majoriti mudah dalam DUN yang mempunyai 36 kerusi.
Namun, dalam perkembangan terbaru, dua wakil PN, Adun Labu Hanifah Abu Baker dan Adun Gemas Ridzuan Ahmad mengumumkan berkecuali dalam krisis politik Negeri Sembilan, sambil menyatakan tidak lagi menyokong perubahan kerajaan negeri.
Pada PRN lalu, Pakatan Harapan (PH) dengan 17 kerusi bergabung bersama Umno menubuhkan kerajaan negeri. Sebanyak 19 kerusi diperlukan bagi membentuk majoriti mudah. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.