Dr M Mahadevan ialah pengarah pertama hospital mental di Tanjung Rambutan, yang kemudian dinamakan semula olehnya sebagai Hospital Bahagia Ulu Kinta.

Mahadevan juga pernah berkhidmat sebagai ketua pakar psikiatri kerajaan dan memainkan peranan penting dalam pembangunan perkhidmatan kesihatan mental di Malaysia.
Dilahirkan pada 9 September 1929, beliau membesar di Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan awal di St John’s Institution sebelum menamatkan pengajian perubatan di Bangalore, India, pada tahun 1961.
Selepas itu, beliau dijemput untuk bekerja bersama Profesor Psikiatri, John Dunne, di University College Dublin, Ireland.
Di sana, beliau terus mengembangkan kepakarannya dalam bidang psikiatri, khususnya berkaitan hipnosis.
Sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya, Universiti Harvard menamakan satu program biasiswa perjalanan (travelling fellowship) sempena nama beliau. Mahadevan juga rakyat Malaysia pertama yang menjadi presiden cawangan Asia bagi International College of Psychosomatic Medicine.
Beliau turut mencipta sejarah sebagai pengarah pertama hospital mental di Tanjung Rambutan, Perak.
Ketika menerajui institusi itu, beliau menukar namanya kepada Hospital Bahagia Ulu Kinta, yang lebih mencerminkan pendekatan rawatan kesihatan mental yang berperikemanusiaan dan positif.
Orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir boleh berbuat demikian di 32, Lorong Lee Hin Neo 1, Ukay Heights, Kuala Lumpur, dari 10 pagi hingga 1 tengah hari dan 3 petang hingga 6 petang hari ini dan esok.
Upacara pengebumian akan diadakan di alamat yang sama pada Khamis, 9.30 pagi, sebelum di Krematorium Hindu Sentul pada 12 tengah hari. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.